Selasa, 25 November 2014
Oleh:: Asha Ronaldo
***
“NINA..”
Aku menoleh, seraya melihat wajah sadis itu. Berselirat seribu satu rasa – benci, menyampah, dendam, rindu, sayang.. Terlalu sukar untuk diungkap dengan kata. Hai hati.. bersabarlah, kuatlah, teguhlah.
Tanpa aku sedari, tubuh sasa itu sudahpun duduk melutut di hadapanku. Aku teguk liur, masih memandang ke arah wajah itu.
“Awak nak ke mana?” soalnya cukup lembut, seakan-akan ingin memujuk.
“Balik rumah.”
“Then? Buat apa awak berteduh kat bus-stop ni? Rumah kita kan kat sana,” bertalu-talu Rayyan menyoal. Masih tidak mengerti akan kehendakku barangkali. Anak matanya begitu tepat memandang anak mataku.
Aku sedikit berdeham, cuba untuk mencari keselesaan dan kelapangan. Sungguh aku cukup rimas tatkala dipandang sebegitu. “Itu rumah awak, bukan rumah saya..”
“Bik,” panggilnya perlahan. Aku hanya membatu sambil memandang lantai. “Bik Nina.. pandang saya please. I’m talking to you.”
Rayyan masih tidak berputus asa mengharapkan perhatianku. Selamba sahaja dia menolak daguku dengan hujung jarinya. Sejurus itu juga mata kami bertaut, bertentangan sesama sendiri. Aku terkedu di situ saat mata amber itu menusuk jantungku.
“Sorry for what had happened,” ucapnya penuh penyesalan. Matanya begitu tajam memandangku, seolah-olah mengharapkan kemaafan dan belas kasihan. “Saya tahu saya bersalah. Saya tak sepatutnya mendiamkan diri ketika mereka menghina awak, menfitnah awak. Memperlakukan awak seperti sampah.. I’m sorry, Bik. Really sorry.”
“Sudahlah.. Balik. Saya dah muak nak dengar apa-apa penjelasan daripada mulut awak.”
“Bik, tolonglah.. Tolong faham situasi saya, perasaan saya. Awak tahu kan betapa dalamnya cinta saya pada awak? So please.. please don’t leave. Stay.”
“Just stop calling me Bik, Megat Rayyan. I’m no longer your bibik. I’m fired, don’t you remember about it?” tuturku sinis. Perkataan ‘fired’ sengaja aku tekankan.
Saat munculnya sebuah teksi yang dinanti-nantikan, aku lantas bangun daripada terus duduk. Beg roda yang terletak elok di tepi mula ditarik. Rayyan di sisi langsung tidak diendahkan, seolah-olah lelaki itu sekadar patung bernyawa.
Baru sahaja aku ingin membuka pintu teksi, tiba-tiba, tanganku digenggam kemas. “Nina, tolong jangan tinggalkan saya. Saya masih perlukan awak, Nina. Saya sayangkan awak, cintakan awak. Tolong jangan perlakukan saya sebegini. Saya tak boleh hidup tanpa awak,” berbunga-bunga sahaja kedengaran rayuan itu di pendengaranku. Aku tersenyum sinis, mengalihkan pandangan ke arah wajah kacak persis Taylor Lautner itu.
“Sayang? Cinta? Oh Megat.. awak simpan ajelah cinta sayang awak tu. Saya tak perlukannya, dan saya tak percayakannya. So, go ahead. Pergi, tinggalkan saya. Lupakan saya. Assalamualaikum,” ucapku sayu seraya memboloskan diri daripada genggaman lelaki itu.
“Nina.. Nina,” Pintu teksi lantas aku tutup tanpa menghiraukan suara itu. Air mata yang kian laju mengalir diseka perlahan. Sedih dengan kenyataan dan takdir Tuhan.
“Cik.. kita dah boleh gerak?” soal Pak Cik Teksi cukup prihatin. Aku senyum, lalu mengangguk. “Gerak je lah, Pak Cik.”
“Habistu, macam mana dengan kekasih Cik tu? Takkan Cik nak tinggalkan dia macam tu aje? Kesian dia, Cik..”
“Biarkan je lah. Jom kita gerak. Saya dah lambat ni,” putusku akhirnya, cukup penat dengan situasi seperti ini.
“Bik.. buka pintu! Please! Saya merayu pada awak!”
“Nina! Please don’t leave me! Nina! Please!”
“Just God knows how I love you Nina! Please don’t do this to me! Ninaaa!”
Masih kedengaran suara jeritan Rayyan di luar tingkap. Aku pejam mata – menahan segala rasa di hati, melepaskan segala-galanya untuk pergi. Mungkin sudah tiba masanya.
Wajah tercengang Pak Cik Teksi di sebelah aku pandang. Terkebil-kebil mata tua itu memandangku. “Tunggu apa lagi, Pak Cik? Jomlah kita gerak.”
“Hmm,” Pak Cik Teksi itu menurut perintah. Dengan lafaz Bismillah, perlahan-lahan teksi itu dipandu pergi dari situ. Aku menarik nafas lega, wajah si dia aku pandang melalui side mirror. Masih jelas kedengaran suara jeritannya. Suara jeritan yang melarangku untuk pergi. Namun apatah daya, takdir melarangku untuk terus berada di situ. Dan takdir melarangku untuk bersama dengan si dia.
“Bibik jangan pergi!”
Aku tersenyum saat terdengarkan suara itu. Meskipun teksi ini semakin jauh dipandu, namun aku bisa mendengar teriakan suara itu. Mungkin tidak sekuat tadi tapi masih.. Masih aku dengar.
“Selamat tinggal, cinta. Pergilah engkau bersemadi bersama ayah dan ibu.”
***
Tiga tahun yang lalu..
“SO what’s your name?” tegas benar Datin Maria menyoal sambil bercekak pinggang. Aku beku di situ. Gugup, apatah lagi saat terpandangkan kerlingan mata wanita itu yang cukup fiercy. Garang, ganas, agresif – mengalahkan Pengetua aku di sekolah dahulu.
“Ni.. nina. Nina Aulia,” tergagap-gagap aku menuturkan nama pemberian arwah ibuku itu. Bibir bawah digigit perlahan. Peluh yang mula memercik dahi diseka jua.
“Oh, Nina? Mmm.. nice name. Umur berapa?” soalnya bertalu-talu, namun tidak segarang, setegas dan sekeras tadi.
“Lapan belas..”
“Mmm.. you’re still young but you’re willing to be my maid. Are you serious?” Ragu-ragu Datin Maria bertanyakan soalan itu. Mungkin agak sensitif baginya tapi tidak bagi aku, kerana aku serius.
“Yes, madam. Saya serius, saya benar-benar perlukan pekerjaan. Tak kisahlah apa jua pekerjaan itu, asalkan halal di sisi syarak..”
“Okay whatever, you’re accepted.”
“I’m what?” soalku inginkan kepastian. Wajah tua tapi vogue itu aku pandang dengan penuh pengharapan.
“Oh Megat, what happened to our new maid? Err.. I repeat. You’re accepted, awak diterima. Jadi, awak boleh mula bekerja di sini mulai hari ini. Could you?”
“Yes.. yes, I could. Thank you!”
“So now we have a maid who can speak in English, dear sons,” ucap Datin Maria dengan riak yang cukup teruja kepada putera-puteranya. Masing-masing tergelak besar mendengar jenaka mummy mereka itu.
Aku sekadar tersenyum sambil memandang wajah-wajah mereka satu per satu. Jujur aku katakan, mereka kacak, handsome, gorgeous, fabulous atau apa-apa istilah sekalipun. Rasa seperti berada di kayangan, dipertemukan dengan bidadara-bidadara kacak yang tiada tolok bandingnya. Walaoweh, am I in Malaysia right now?
“Alright Nina, perkenalkan ini Megat Dayyat, my first hero.” Aku tersenyum manis memandang Megat Dayyat a.k.a Collin Morgan a.k.a Merlin. Sumpah, mamat ni macam Merlin atau.. dia memang Merlin? Ha ha mana taknya.. matanya biru, telinganya capang, badannya keding. Sama macam Merlin, serupa macam Merlin.
“Ini pula Megat Qayyum, my second hero,” Oh my God, benarkah apa yang aku lihat ini? Benarkah? Adakah ini realiti atau sekadar.. mimpi ngeri? Gosh, Edward Cullen is just in front of me! Aku sedikit berdeham, cuba untuk mengawal perasaan.
“Saya Qayyum,” ucap Edward Cullen penuh sopan. Ops, Megat Qayyum I mean.
Aku tunduk hormat, menyedari status sebenarku di Vila Idaman ini – sekadar hamba atau lebih sopan, orang gaji. “Saya Nina.”
“Mmm.. kat sebelah Qayyum tu, Megat Fayyad. My third son,” Datin Maria lantas menyampuk. Mungkin perasan akan pandangan anehku terhadap putera keduanya itu.
Pandanganku beralih pada Megat Fayyad tanpa sebarang perasaan. Hmm muka dia macam Andrew Garfield lah pula. Tapi maaf or sorry to say, aku tak ada hati pada Andrew Garfield a.k.a Peter Parker a.k.a Mr Spiderman meskipun dia tampak gorgeous di mataku. “Saya Nina.”
“Aku Megat Fayyad. Don’t forget the title ‘Megat’ okay,” balasnya agak kasar bersertakan riak wajah yang cukup sombong, angkuh, berlagak dan sebaliknya. Aku sekadar mencebik tanpa menghiraukan mata-mata yang memandang. Cukup tidak senang dengan layanan yang diberikan oleh Andrew Garfield itu.
“And the last one, Megat Rayyan. My only last hero. No more hero after this,” kata-kata Datin Maria itu dibalas dengan gelak tawa putera-puteranya dan juga bibik-bibiknya. Namun, tawa itu langsung tidak aku hiraukan saat sepasang mataku terlihatkan putera bongsunya itu.
“Tay.. Taylor Lautner?”
Secara tidak sengaja nama itu terhambur keluar dari mulutku. Aku terpegun or even terpaku di situ, berdiri tegak ibarat sedang menyanyikan lagu Negaraku. Sungguh aku terkejut. “Ha ha, am I? But I’m Rayyan. Megat Rayyan, as mummy said just now.”
“Hah?”
“Feel sorry to say this, but I think your ears got problem. Mmm.. I’m Rayyan, awak dengar tak?” Merah padam wajahku saat dilemparkan sindiran seperti itu. Malu, itulah yang aku rasakan kini. Apatah lagi tatkala terpandangkan putera-putera Datin Maria yang sedang seronok mentertawakanku.
“Hey brothers, stop laughing at her. She’s our guest, remember? And that’s not the way we treat on a guest,” Terus terdiam gelak tawa yang menghantui vila itu saat Taylor Lautner kesayanganku mula bersuara. Such a good leader although he’s the youngest among them.
“Our guest? Since when we have this kind of guest? Poor, penniless, lifeless.. is she deserves to be our respected guest, little brother? Oh God, I don’t think so,” sinis benar kata-kata ‘Megat’ Fayyad itu. Nampak sangat kehadiranku tidak disambut baik olehnya. Tapi ada aku kisah?
“Fayyad, behave of your words. Whoever she is, dia tetap tetamu kita. Remember that,” Datin Maria mula menegur. Cukup tidak senang dengan perlakuan biadab puteranya itu.
“But mummy.. dia terlalu bawah untuk digelar tetamu. The lowest standard.”
“What the heck with you, Fayyad? Mummy tak pernah ajar kamu berlaku biadab seperti ini,” tegas Datin Maria bersuara.
Semua yang berada di situ terus terdiam, termasuk Megat Fayyad sendiri. Aku pula sudah tidak senang duduk. Rasa seperti punca pertengkaran anak-beranak ini ialah aku. Mana taknya, si emak menyokong aku sementara itu, si anak pula menentang aku. Jelas ketara bahawa aku ialah topik pertengkaran mereka.
“Datin, Megat, stop it.. Tak elok anak-beranak bertengkar seperti ini. It’s just a small matter, jangan diperbesarkan,” Terpaksa aku menyampuk demi menenangkan keadaan. Wajah Datin Maria aku pandang, lalu beralih pada wajah Megat Fayyad pula. “Megat, saya tak bermaksud nak huru-harakan keluarga Megat. Maafkan saya.”
“Don’t talk to me. You just don’t deserve,” ucapnya keras, seraya mengangkat kaki ke tingkat atas. Sempat aku tangkap jelingan mautnya khas untukku. Huh, bongkak punya Spiderman.
“Maafkan anak saya, Nina. Dia memang macam tu. Terlalu pentingkan status, darjat dan keturunan.”
“Eh tak apa. It’s okay. Saya faham,” Aku senyum. Cukup faham akan sikap manusia seperti itu – terlalu memandang rendah pada golongan bawahan. Itulah dia, orang kaya. Tapi tak semua orang kaya seperti Fayyad, bukan?
“Oh ya, Datin.. Sebagai maid, tugas saya apa?” soalku inginkan kepastian. Takut pula tugas maid di vila ini cukup berlainan dengan tugas maid di vila-vila yang lain.
Pertanyaanku itu dibalas dengan sebaris senyuman oleh Datin Maria. Begitu juga dengan putera-puteranya yang tersisa (padahal kurang satu sahaja) “Don’t worry. It’s easy and worth enough. Tugas awak cuma perlu..”
***
KOLAM RENANG seluas bilik tidurku itu aku pandang hairan. Bercantum kedua-dua belah keningku saat terfikirkan kerja yang bakal aku lakukan nanti – cuci kolam renang dengan menggunakan berus. Gila, mencabar betul. Tidak pernah sesekali aku lakukan kerja seperti ini selama ini.
“Nah, berus,” tegur Sofi seraya menghulurkan berus kepadaku. Aku menyambut huluran itu bersertakan sebaris senyuman di bibir. “Terima kasih..”
“Sama-sama. Kalau Nina tak sanggup nak selesaikan kerja ni, repot pada Sofi okey? Sofi sedia membantu.”
“Okey Sofi. Terima kasih, but don’t worry. Nina okey aje. Lagipun, Nina dah biasa buat kerja-kerja macam ni,” bohongku tanpa rasa serba salah. Sebetulnya, inilah kali pertama dan mungkin kali terakhir aku lakukan kerja gila seperti ini!
“Oh ya ke? Sofi fikir, Nina ni jenis yang tak pernah lakukan kerja-kerja berat seperti ini. Hmm yalah, tangan Nina pun nampak lembut, mulus aje. Tak kasar pun,” komen Sofi berdasarkan pemerhatiannya.
Aku sekadar tersenyum. “Itulah.. don’t judge book by its cover. Nampak memang lembut tapi sebenarnya, kasar mengalahkan berus!”
“Serius?”
“Yes, serius. Eh Sofi, siapa yang tengah joging kat tepi jalan tu?” laju aku menyoal tatkala terpandangkan sekujur tubuh sasa yang sedang leka berjoging di luar halaman.
“Mana? Mana?”
“Itulah.. Yang pakai t-shirt hitam tu,” ucapku sambil menunding jari ke arah tubuh hot itu. Sofi bergerak sedikit ke hadapan untuk mengenalpasti si empunya tubuh. Terkebil-kebil mata bundarnya saat memerhatikan lelaki itu.
“Oh.. itu Megat Rayyan. Putera bongsu Datin Maria,” ucapnya perlahan sesudah berjaya mengenal pasti. Aku terdiam sejenak, cuba menghadam kata-kata Sofi di pendengaranku. Plus, cuba untuk mengingati wajah putera-putera kacak Datin Maria satu per satu. Hmm Megat Rayyan.. Yang mana satu, ya? Merlin? Edward Cullen? Andrew Garfield? Atau.. Taylor Lautner?
“Hai bibiks,” tegur satu suara dari arah belakang.
Tersentak aku dibuatnya saat terdengarkan suara lunak itu. Perlahan-lahan aku memandang Sofi, Sofi pula memandang aku. Dan serentak itu juga kami berdua menoleh dan memandang suara yang menegur.
Gulp!
Taylor Lautner. Err Megat.. Megat apa ek nama dia? Oh ya, Megat Rayyan. Tak silap aku inilah dia mamat hot yang sedang berjoging tadi. Sebab.. t-shirt mereka sama – t-shirt Nike hitam tanpa lengan.
“Err.. Megat. Megat nak apa? Megat nak air ke? Mmm kalau nak, Bik Sofi boleh tolong buatkan,” Sengaja Sofi mempelawa diri. Hendak tunjuk rajin lah tu.
“Boleh lah, saya nak Nescafe 3 in 1. Mmm, awak buat apa tu Bik Nina?” Terus beku tubuhku saat namaku diseru oleh lelaki itu.
Oh Tuhan, lelaki pujaan hati sedang memanggil namaku, sedang menyeru diriku. Tapi kenapa mesti Bik Nina? Kenapa tak Nina sahaja? Spoiled sungguh. “Err.. saya.. saya tengah cuci kolam, Encik Rayyan.”
“What?! Cuci kolam? Awak ni biar betul?”
“Betul lah, Encik Rayyan. Mummy Encik Rayyan yang suruh saya cuci kolam ni. Mmm.. Encik Rayyan nak guna ke? Kalau Encik Rayyan nak guna, sorry to say lah sebab saya belum selesai cuci,” selamba sahaja aku bersuara. Kerja memberus aku teruskan, ingin membuktikan kepada beliau yang aku tidak curi tulang.
“Alahai, kesiannya. Tak apa lah, saya boleh mandi kat bathroom. Awak okey ke tak ni? Nampak macam leceh aje. Nak saya tolong?”
“Eh tak ada lah. Saya okey je. Lagipun setakat berus kolam, bukannya berus bumbung,” aku senyum, seraya menolak pelawaan lelaki itu. Tak mahu menyusahkan, cukuplah aku menyusahkan mummy lelaki itu kerana terpaksa membayar gajiku. Biarlah aku berkhidmat selagi aku mampu.
Untuk seketika, aku tercengang terlihatkan keberadaan Rayyan di dalam kolam yang kontang ini. Kaku aku dibuatnya tatkala tangan berotot itu merampas berus dari peganganku. Wajahnya aku pandang tajam. “Sorry sebab berkasar. Saya cuma rasa bertanggungjawab untuk membantu awak. Do you mind?”
“Of course I do mind.”
“Huh?”
“Maaf kalau saya berlaku biadab, tapi ini kerja saya. Tanggungjawab saya, bukannya tanggungjawab Encik Rayyan. Kalau mummy Encik Rayyan nampak, nanti dia kata apa pula,” berbagai-bagai alasan aku kemukakan. Niat di hati memang mengharapkan bantuan, tapi patutkah?
Rayyan sekadar membungkam, memberus dinding kolam tanpa menghiraukan kata-kataku. Tekun sahaja lagaknya memberus dinding itu. Tampak seperti sudah biasa. “Encik Rayyan..” panggilku perlahan, namun langsung tak dihiraukan.
“Encik Rayyan dengar tak apa yang saya katakan tadi?” sekali lagi aku bersuara dan.. sekali lagi aku tidak dihiraukan. Bengang aku dibuatnya. “Encik Rayyan!!”
“Ya.. ya, saya dengar. Saya belum budeg macam awak,” balasnya sinis, tapi selamba.
“Okay whatever. Could you please give me back that brush?”
“No, until I could finish this work.”
“Encik Rayyan, ini kerja saya. It’s none of your business.”
“So what?” Terus terdiam mulutku saat suara maco itu sedikit menaik. Baldi yang terletak elok di belakangku dialihkan ke tepi – bersebelahan dengan Rayyan, bagi memudahkan kerja memberus yang sedang dilakukan. Aku kembali memandangnya dari sudut tepi. “Up to you but make sure it’s done well. Nanti tak tentu pasal saya kena marah dengan Datin gara-gara your unefficient work.”
“My work is usually efficient. Don’t worry,” ucapnya penuh yakin. Aku sekadar mencebik, mengia-iakan kata-kata lelaki itu. Mungkin hasil kerjanya memang efisyen. Ah, tidak mengapa. Kita tunggu dan lihat sahaja. “Whatever, jangan hampakan saya sudahlah!”
“I won’t, trust me.”
“Okay, I trust you.” Tuturku perlahan, seraya mengangkat punggung untuk beredar dari situ. Secara tidak sengaja, baldi berisi air sabun yang terletak elok di sebelah Rayyan disepak olehku sehinggakan..
“Ouch!” aduku kesakitan tatkala tubuhku tersungkur menyembah bumi. Rayyan di sebelah sudah tersentak bagai nak rak. Pantas dia bangun dan menghampiriku. “Bik, are you okay?” soalnya penuh prihatin.
“Okey.. okey. Tergelincir je,” Aku bersuara lemah, cuba untuk bangkit daripada terus terbaring di situ. Sakit di pinggang sedaya upaya aku tahan. Terpaksa, gara-gara tidak mahu menyusahkan lelaki itu sekali lagi. “You look painful. Do you need my help?”
“No.. no, it’s okay. Saya boleh bangun.”
“I don’t trust you. Perhaps you need my help,” Rayyan masih tetap dengan kedegilannya. Tanpa mendapatkan keizinanku, tubuhku dicempung dengan selambanya. Tersentak aku untuk seketika. Lantas tubuh sasa itu aku tolak semahu-mahunya. “Eh apa ni, Encik Rayyan? Lepaslah!”
“Awak sakit kan? Tak apa, biar saya tolong.”
“Tak payah. Saya boleh bangun! Lepas!”
“Tak apa. Biar saya..”
“Rayyan? What’re you doing here?” Aku terdiam, begitu juga dengan Rayyan. Terus terlepas pegangannya daripada tubuhku. Terus hilang rasa sakit di pinggangku. Aku pandang dia, dia pandang aku. Kami pandang sesama sendiri lalu..
“I’m asking you, Rayyan. What’re you doing here? And you, Nina. What happened to you?”
Gulp!
***
“INI Bik Sofi. Ini pula Bik Laila. Haaa yang tinggi lampai tu, Bik Tania.”
Penuh semangat Mak Umi memperkenalkan anak-anak buahnya kepadaku. Aku tunduk hormat, bersalam-salaman dengan rakan-rakan baru yang cukup cantik di mataku. Masing-masing ada pakej, masing-masing ada aset. Tapi yang hairannya, kenapa jadi maid je?
“Umur mereka ni berapa, Mak Umi?” soalku ramah, cukup penasaran melihat wajah-wajah ayu itu. Masing-masing nampak muda menggoda. Jangan kata lebih muda daripada aku sudahlah!
“Sofi dan Laila ni sebaya, dua puluh tahun. Tania pula sebaya dengan kamu, lapan belas tahun kan?” Pantas aku mengangguk, tanda mengiakan. Senyuman manis aku lemparkan buat Tania, si rakan sebaya yang tampak anggun berkebaya. “Saya Nina.”
“Tania,” balasnya pendek. Dibalas senyumanku dengan senyuman plastik sahaja. Sungguh, sombong betul perempuan ni. Amat berbeza dengan bibik-bibik muda yang lain.
“Mak Umi, Nia minta diri dulu. Ada kerja,” pamitnya. Mak Umi sekadar mengangguk tanda mengerti. Usai Tania beredar dari situ, Mak Umi kembali menumpukan perhatian kepadaku. “Tania memang macam tu. Maafkan Mak Umi, ya?”
Aku senyum, mengangguk sedikit tanda faham. “Tak apa, saya okey aje.”
***
HABUK yang kian menebal dibersihkan dengan menggunakan bulu ayam. Terkinja-kinja aku mengemas sambil menyanyikan lagu-lagu EXO yang dipasang pada earphone. Suasana di sekeliling langsung tidak aku hiraukan, seolah-olah vila ini aku yang punya.
Sedang aku leka mengemas sambil menyanyi secara kecil-kecilan, tiba-tiba.. “Woi! Apahal cabut earphone aku ni woi?!” jeritku kuat seraya menoleh ke arah si pemusnah keamanan.
Terbuntang luas mataku saat terpandangkan Tania yang sedang tajam merenungku. Aku gugup seketika sehinggakan bulu ayam yang dipegang terlepas dari pegangan. Entah apa yang aku takutkan, aku sendiri tak tahu. “Apasal diam? Takut?” soalnya garang – mengalahkan Datin Maria lagaknya.
Aku cuba untuk angkat muka, membalas renungan mautnya tanpa rasa takut. Entah kenapa, aku tersengih tiba-tiba. “He he, tak. Mmm.. anyway, Nia nak apa?”
“Aku nak tanya satu soalan kat kau.”
“Apa dia?”
“Kau.. kena tangkap khalwat dengan Megat Rayyan ke semalam?”
“What?!” makin terbuntang mataku saat diajukan soalan sebegitu. Wajah Tania aku pandang dengan riak yang cukup terkejut. Tania yang turut terkejut dengan reaksiku sekadar tergelak. “What’s so funny?” soalku tanpa rasa serba salah.
“Tak payah nak berlakon lah, Nina. So, betul lah ya. Kau kena tangkap khalwat dengan Rayyan semalam? And.. jurutangkapnya Datin Maria kan?”
“Mana ada.. Siapa yang reka cerita ni?”
“Tak ada siapa yang reka cerita, Nina kecuali kau. Lagipun, satu vila dah kecoh pasal kes kau dengan Rayyan,” ucapnya perlahan. Aku membungkam di situ, sedikit keliru dengan kata-kata Tania sebentar tadi. Aku.. Rayyan.. kena tangkap khalwat? Since when?
“Kau dengar sini, Nina..” Kolar kemejaku ditarik oleh Nina. Entah kenapa dia memperlakukan aku sebegitu, aku sendiri tidak tahu. Mungkin dia ingin menyampaikan sesuatu yang cukup privasi kepadaku. “Megat Rayyan tu aku punya. Kau tak ada hak nak merampas dia daripada aku,” sambungnya tepat di telingaku.
“Megat Rayyan what?” sampuk satu suara. Tersentak kami berdua tak semena-mena. Tania melepaskan kolar kemejaku, lalu menghampiri lelaki itu. Dada bidang lelaki itu diraba perlahan. “Tak ada apa, sayang. Nia Cuma bagi amaran kat dia,” ucap Tania dengan nada yang cukup menggoda.
Rayyan menggeliat kecil, cukup geli dengan perlakuan Tania terhadapnya. Perlahan-lahan tangan mulus yang bermain di dadanya itu dialihkan. “Nia, stop. Saya tak selesa.”
“Awak tak selesa? Kenapa? Sebab perempuan ni ada kat depan kita?”
“Ehem!” Aku sedikit berdeham, sengaja ingin menganggu adegan kemaksiatan di hadapanku. Rayyan memandangku tajam dengan matanya yang membuntang, seolah-olah ingin meminta pertolongan. Aku angkat kening, tanda tidak mengerti dengan bahasa isyaratnya.
“Encik Rayyan nak apa-apa ke?” soalku naif, tanpa mempedulikan Tania di sisi lelaki itu. Rayyan menepuk dahinya perlahan, sedikit kesal akan si bibik yang diharapkan.
“Err.. Tania. Mak Umi panggil tu,” bohongku.
“Eh ada ke?”
“Yalah.. takkan saya nak tipu kot?”
“Err okey.. okey. Mmm.. Rayyan, Nia pergi dapur dulu ya. Kalau Rayyan nak apa-apa, jerit je nama Nia. Confirm Nia muncul,” ucap Tania manja seraya mencubit kedua-dua belah pipi lelaki itu. Rayyan sekadar tersenyum memandangnya, tiada niat untuk marah ataupun sebaliknya. Haih, suka sangat bagi muka. Kan dah kena pijak kepala!
“Ingat, jangan nak menggatal dengan Rayyan aku,” pesan Tania kepadaku sebelum berlalu pergi. Aku sekadar mencebik, tanpa mempedulikan jelingan tajamnya.
“Thank you,” ucap Rayyan perlahan. Takut didengar oleh Tania barangkali. Aku angkat kening, memandangnya aneh. “For what, huh?”
“For saving me from that witch,” balasnya bersertakan gelak tawa. Terpancar sepasang lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Sungguh tidak aku nafikan kecomelan tawa lelaki itu, apatah lagi kekacakkannya. Persis Taylor Lautner, uolls.
Aku hanya mampu tersenyum memandangnya, tidak mampu untuk mengungkapkan sebarang kata-kata. “And one more,” Perlahan-lahan dia menghampiriku setapak demi setapak. Dapat aku rasakan sesuatu – debaran, tatkala tubuh sasa yang hampir mencecah 180cm itu sudah berdiri tegak di hadapanku. Dekat dan rapat, sehinggakan aku mampu menghidu haruman Giorgio Armani yang dipakainya.
“Terima kasih sebab sudi bersihkan bilik saya yang berantakan tu. Fyi, tak ada seorang bibik pun yang sanggup bersihkannya, kecuali awak,” ucapnya perlahan, seraya menghulurkan sekuntum ros merah yang entah dipetik dari mana.
Aku beku di situ, kaku. Tidak tahu harus berbuat apa. Rasa seperti ingin melompat kegembiraan pun ada tapi.. gila? Jatuhlah saham aku nanti! Jadi.. “Apa ni?” soalku dengan nada yang cukup serius. Wajah kacak itu dipandang hairan.
“A stalk of rose just for you?”
“Untuk apa?”
“Sebagai tanda terima kasih. Mmm.. kenapa? Awak tak suka?”
“Tak,” balasku pendek. Perlahan-lahan huluran itu aku tolak demi menjaga martabatku sebagai seorang maid. Bukan kerana aku tak suka, tapi kerana.. takut terluka – terlalu mengharap atau sebaliknya. “Saya tak perlukannya.”
“Kenapa?” soal Rayyan hairan. Aneh dengan tingkahku barangkali.
“Saya berbuat sedemikian sebab.. itu tugas saya. Tanggungjawab saya. Awak lupa ke, Encik Rayyan? Saya kan maid..”
“Tapi tak semua maid macam awak,” laju Rayyan memotong. Bagaikan ada maksud yang tersirat di sebalik kata-katanya itu. Tapi.. tak mungkin lah. Perasaanku sahaja barangkali.
“Tak semua maid macam saya? Huh? Maksud awak apa, Encik Rayyan?”
“Tak ada apa. Just please accept this rose, enough.”
“Tapi..”
“Please lah Bik. Saya minta awak ambil je bunga ni. Bukan susah pun, penat saya petik tau,” ucapnya dalam nada merajuk. Wajah simpati tidak lupa diselitkan bersama. Haih, serba salah aku dibuatnya. “Yalah.. yalah. Saya ambil. Thanks.”
“Yeay, welcome Bik!”
***
“OIT, Bik!”
“Oh mak kau!” latahku selamba gara-gara terkejut beruk punya pasal. Rayyan di belakang aku pandang tajam. Geram akan tindakan lelaki itu yang suka mengenakanku. “Awak buat apa kat sini?” soalku serius. Atas bawah, atas bawah aku menilik penampilannya. Mmm.. gaya macam baru bangun tidur.
“Sepatutnya, saya yang tanya soalan tu. So, what’re you doing here?”
“Mengemas,” balasku pendek. “Mengemas apa pagi-pagi buta ni?”
“Mengemas bilik.”
“Bilik siapa? Mmm.. semua bilik berkunci kecuali, bilik saya,” bertalu-talu soalan maut dikemukakan kepadaku. Aku teguk liur, buntu hendak membalas apa. Wajah penasaran Rayyan aku tilik seketika – wajah baru bangun tidur. Mungkin aku patut gunakan peluang yang ada.
“Bilik? Bilik apa? Haish.. awak mamai ni. Bila masa pula saya sebut perkataan bilik,” helahku, terpaksa. Harap-haraplah dia percaya. Tapi nampaknya..
“Awak fikir, saya percaya cerita gebang awak?” Gulp! Terus tegak bulu romaku. Terus tegang otot sarafku. Bibir bawah aku gigit perlahan. Kali ini, aku benar-benar buntu hendak memikirkan helah yang seterusnya. “ So, answer me. What’re you doing here?”
“Sa.. saya.. saya..”
“Saya apa?”
“Saya sebenarnya nak..”
“Nak apa?”
“Err.. nak minta baju kotor Megat Fayyad,” jujur aku berkata. Moga Rayyan mengerti maksudku, situasiku. Dan moga dia dapat membantu. “Oh I understand.”
“I understand je ke? Tak nak tolong?” selorohku tapi memang benar. Aku amat mendambakan pertolongan daripadanya, ceh! Wajah simpati aku tayangkan khas untuknya – berharap dia sudi membantuku. Namun..
“Sorry, I’m busy. Lain kali maybe,” Tercengang aku mendengar jawapannya. Dipandang wajahnya dengan riak tak percaya. Lain kali, kau kata? Hotakmu Rayyan oi! Mak Umi dah bebel minta baju kotor Spiderman ni!
“It’s okay, Encik Rayyan. I don’t need any of your help. Even a little,” ucapku bagaikan patah seribu, atau mungkin beribu-ribu. Pantas aku menghampiri pintu kamar Megat Fayyad tanpa mempedulikan Rayyan di belakang. Nafas aku tarik sedalam-dalamnya, lalu dihembus perlahan.
Dengan lafaz Bismillah, pintu kayu jati itu aku ketuk sedikit kuat. “Assalamualaikum, Megat Fayyad,” Tiada jawapan. Sekali lagi aku ketuk. “Megat Fayyad.. oh Megat Fayyad.. Ini Bik Nina ni,” Hampa. Masih tiada sebarang respons mahupun jawapan.
Aku menoleh – memandang Rayyan yang sedang leka merenungku. Entah apa yang direnungkan, aku sendiri tak tahu. Mmm.. mungkin aku tampak lebih cantik di pagi hari ini. Mungkin lah. “Apasal pandang?” soalku hairan.
Dia tersenyum memandangku. Bertambah hairan aku dibuatnya. “Tak ada apa. Saja.”
“Err.. whatever. Mm.. abang awak ni memang budeg kan? Dua kali saya ketuk pintu, tapi dia langsung tak sedar. Itulah.. suka sangat mengutuk saya budeg. Kan sekarang ni dia yang budeg,” selamba sungguh aku mengutuk abang ketiganya tanpa menyedari kemunculan lelaki itu.
“Apa kau kata?” tegur Megat Fayyad dari muka pintu. Sungguh, tersentak yang amat aku dibuatnya. Serta-merta mataku terbeliak luas. Aku pandang Rayyan, Rayyan pandang aku. Dan kami pandang abang ketiganya, Megat Fayyad the Spiderman. “Kau nak apa?” soalnya kasar, seperti biasa.
“Ba.. ba.. baju..”
“Baju apa?!” laju sahaja dia memotong. Dup dap dup dap jantungku dikerjakannya. “Baju kotor.”
“Tunggu,” arahnya seraya kembali semula ke kamar. Mungkin ingin dikumpulkan baju-baju kotornya lalu dilemparkan ke mukaku seperti biasa. Ah, aku sudah boleh baca sikapnya – biadab, celaka, tak sayang nyawa.
“Nah, ambil dan bla. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Bla,” ucapnya kasar, lalu melemparkan baju-baju tersebut ke wajahku – seperti yang aku jangkakan sebentar tadi. “Terima kasih, Me..”
Bap!
Belum sempat aku ingin berterima kasih, sudah dihempas pintu kayu jati itu. Haih, biadab sungguh budak ni. Apalah nak jadi agaknya dengan putera ketiga Datin Maria ni. Entah kahwin, entah tidak mamat ni. Kesian sungguh bakal bininya! “Sabarlah..” ucap The Prince Charming a.k.a Megat Rayyan.
“Tak apa, dah biasa.”
“I know you’re offended, right?”
“It’s okay.”
“Mm.. sebagai tanda maaf, maybe I should buy you a cup of I tarik,” Rayyan mula menunjukkan sikap murah hatinya. Disogokku berbagai-bagai benda semata-mata ingin mengharapkan kemaafan daripadaku atas perbuatan abangnya. Mmm, bagus betul mamat ni. Adik yang baik.
“Tak perlulah.”
“Perlulah.. Alright, mamak jom?” sekali lagi dia mempelawa. Naik segan aku dibuatnya. “Tak apa, saya dah kenyang.”
“Jangan banyak mulut. Jom,” paksanya, seraya menarik lenganku ke garaj kereta. Aku hanya mampu menurut. Kalau bertegang urat sekalipun, tak mungkin Rayyan bakal mengalah. Ah, lantakmu lah Rayyan!
***
SETERIKA yang sudah siap digunakan aku simpan di dalam almari. Perlahan-lahan aku menapak ke muka pintu untuk meneruskan kerja-kerja yang tergendala.
“Eh, Laila?” tegurku ramah tatkala bertembung dengan gadis itu di hadapan pintu. Laila menyambut teguranku dengan sebaris senyuman. “Nina? Nina buat apa kat sini?”
“Err.. Nina simpan seterika tadi. Eh, kenapa ni? Laila menangis ke?” soalku prihatin saat terpandangkan setitis air jernih di wajahnya. Laila menyeka titisan itu, lalu menggeleng. “Tak ada lah Nina. Peluh je tu,” sangkalnya.
“Tapi kenapa mata merah?”
“Masuk habuk. Eh, Nina.. Laila minta diri dulu ya? Ada kerja,” ucapnya sebelum meninggalkanku sendirian di situ.
Aku angkat kening, hairan dengan tingkah laku rakan sekerjaku itu. Sikap Laila yang cukup pendiam sedikit sebanyak membuatkan aku tertanya mengenai asal-usulnya. Tapi patutkah aku menjaga tepi kainnya?
“Oit, mak nenek!” tegur satu suara di muka pintu. Terus termati lamunanku sebentar tadi bagaikan wap di udara. Tajam mataku memandang si empunya suara. “Apa ni.. tegur orang tak beri salam? Nak jadi Megat Rayyan nombor dua ke?”
Terkekek kekek Sofi melepaskan tawanya. Apa yang lawak, aku sendiri tak pasti. Mungkin terselit nama Megat Rayyan kot. Tapi.. kalau terselit nama mamat tu sekalipun, apa yang lawak?
“Sorry.. Apa kes tercegat kat depan muka pintu ni? Teringatkan siapa? Megat Rayyan?” selorohnya, selamba. Terus merah padam wajahku bak buah delima tatkala dikenakan sebegitu. “Sofi..”
“Apa? Apa?”
“Nina tengah panas ni, Sofi curah api pula,” serius kedengaran suaraku. Tapi aku memang serius! No jokes at all. “Okey.. okey. Maaf. Mm.. Nina ada masalah ke?”
“Eh tak ada lah. Cuma..”
“Cuma apa?”
“Mmm.. Nina nampak Laila menangis tadi. Tapi dia sangkal. Err dia ada problem ke?” soalku berhati-hati. Penuh dengan lagak prihatin, seolah olah tiada niat untuk menjaga tepi kain atau sebaliknya. “Oh Laila.. Mmm biasalah tu. Dia memang bermasalah sikit.”
“Apa masalah dia?” soalku ingin tahu.
“Masalah cinta..”
“Mmm.. cinta?”
“Ya, cinta tak kesampaian. Biasalah tu,” Tenang sahaja Sofi menuturkannya. Sempat pula dia menguntumkan senyuman buatku. Motif? Entah lah. “Nina kalau nak bercinta dengan Megat Rayyan, kenalah berhati-hati. Kena berfikir panjang sikit,” pesannya tiba-tiba. Tercengang aku dibuatnya – tak faham!
“Huh, bercinta? Megat Rayyan? Apa ni?”
“Mmm.. Sofi Cuma mengingatkan. Sofi tak nak Nina ditimpa nasib yang sama seperti Laila – terlalu berharap pada mereka yang tak setaraf dengan kita. Ingat, Nina. Mereka orang kaya, sedangkan kita, hanya orang gaji saja,” pesannya ikhlas dari hati. Tiada niat hendak iri hati, tapi sekadar ingin menyelamatkan rakan-rakannya sendiri.
“Laila pernah berharap pada siapa?”
“Megat Qayyum,” balas Sofi pendek. Aku berfikir sejenak, cuba untuk mengenalpasti which one is Megat Qayyum. Andrew Garfield kah? Atau mungkin.. Taylor Lautner? Eh, bukan ke Taylor Lautner tu Megat Rayyan? Haish, banyak sangat Megat. Pening aku dibuatnya!
“Megat Qayyum.. yang mana satu ya?”
“Ala.. yang putih-putih macam vampire tu. Itulah Megat Qayyum,” Oh.. yang putih-putih? Yang macam vampire? Ah, tidak lain tidak bukan, confirm Megat Qayyum tu Edward Cullen! Ah, Megat Cullen yang pernah tertangkap di hatiku dahulu.
“So, Laila was his Bella?” spontan sahaja ayat itu terhambur keluar daripada mulutku tanpa disedari. Almaklumlah, api cemburu sedang membara kateko. “Huh?”
“Err.. tak ada apa-apa. Hee, eh Sofi.. Nina minta diri dulu ya? Assalamualaikum!” pantas aku pamit. Sengaja hendak meloloskan diri daripada diburu soalan.
Sofi yang tercengang dengan perlakuanku sekadar menggeleng. Pasti gadis itu cukup hairan dengan tingkahku. “Waalaikumussalam..”
***
“TWO cones of ice cream please!”
“Two?” soal Uncle Malik hairan. Dipandang aneh wajahku dengan seribu tanda tanya – mungkin sedang menanti penjelasan daripadaku. Aku sekadar tersengih memandangnya. “He he, untuk kawan.”
“Kawan? Sejak bila kamu ada kawan, Adik Manis?”
“Sejak saya dilahirkan lagi,” selorohku selamba, langsung tidak menghiraukan wajah bingung lelaki itu. Berkerut seribu wajahnya dikerjakanku! “Kamu ni.. scary lah Adik Manis.”
“Mana ada scary, Uncle. Instinct Uncle je tu,” sangkalku.
“Mmm.. nah. Your two cones of ice cream. Enjoy the evening,” ucapnya ceria seraya menghulurkan dua batang kon ais krim kepadaku. Aku menyambut huluran itu dengan sebaris senyuman yang mekar di bibir. Not RM2 aku seluk dari dalam poket jeans lalu diberikan kepada lelaki tua itu.
“Thanks, Uncle Malik. Lain kali singgahlah ke sini lagi,” pelawaku. Tersenyum lebar Uncle Malik mendengar pelawaan itu. “Uncle okey je, asalkan ada customer. Kalau Adik Manis sudi mahu beli my ice cream hari-hari, confirm Uncle singgah!”
“Dah beli?” tegur satu suara dari arah belakang. Pantas aku menoleh untuk melihat wajah si empunya suara seksi itu. Tersenyum bibirku terlihatkan Rayyan di situ. Dua keping not biru dihulurkan kepadaku. Aku angkat kening. “Duit apa ni?”
“Duit ais krim lah..”
“Oh.. it’s okay. Saya dah bayar dah pun,” ucapku lembut seraya tersenyum. Uncle Malik di sebelah begitu asyik memerhati gelagat kami. “Ehem!” dehamnya kuat. Serentak itu juga aku menoleh – memandangnya pula.
“Boyfriend kah?” soalnya penasaran. “Eh mana ada. Ini bos saya lah, Uncle.”
“Ha’ah, saya boyfriend dia,” sampuk Rayyan tiba-tiba. Tersentak aku dibuatnya gara-gara cerita autanya itu. Wajahnya aku pandang tajam – dengan mata yang dibeliakkan. Tanda isyarat agar dia mengakui perkara yang sebenar.
“Oh ya kah? Kamu berdua ni loving couple kah?” soal Uncle Malik inginkan kepastian. Dapat aku tangkap riak sedih di sebalik wajahnya. Suaranya yang tiba-tiba sahaja bertukar serak cukup membuktikan perasaan itu. Aku bingung sendiri. “Err uncle, sebenarnya..”
“Uncle, kami minta diri dulu ya? Lain kali kami beli ais krim you lagi. Bye!” potong Rayyan tiba-tiba, seraya menarik lenganku jauh dari situ. Sekali lagi aku tersentak gara-gara perbuatannya, namun diturut sahaja langkah kakinya dari belakang.
“Awak ni dah kenapa, Encik Rayyan?” soalku geram. Pantas aku melepaskan pautannya di lenganku. Tidak manis jika dilihat orang, especially jiran. “Kenapa apa?”
“Kenapa tiba-tiba aje mengaku saya ni girlfriend awak? Awak tak malu ke?”
“Buat apa nak malu?” soalnya dengan wajah yang menyakitkan hati – annoying. Mahu sahaja aku sepak wajah itu tapi.. aku masih belum berani. Masih gerun akan title minor boss yang dipegang oleh lelaki itu.
Nafas dalam aku tarik sebelum meneruskan kata-kata. Aku mendongak – memandang dalam mata amber milik lelaki itu tanpa rasa silu. “Awak.. harus malu.”
“Tapi kenapa?” sekali lagi Rayyan menyoal sambil membalas renungan mataku. Aku hanya mampu menahan rasa. “Sebab.. saya tak sesuai untuk awak.”
“Siapa kata?”
“Saya yang kata. Orang lain pun turut mengatakan hal yang sama.”
“But.. I don’t think so,” ucapnya seraya mengalihkan pandangan ke arah lain. Perlahan-lahan dia menapak ke hadapan – meninggalkanku di belakang. Namun, langkahnya termati untuk seketika waktu. “Saya tak rasa yang awak tak sesuai untuk saya. Malah, saya dapat rasakan awaklah yang terbaik untuk saya.”
Gulp! Aku terkedu di situ.Terkejut beruk akan kata-kata lelaki itu. Namun, riak di wajah masih aku kawal. Tidak mahu digelar syok sendiri pula. “Err.. Encik Rayyan.”
“Saya tahu kita tak setaraf, tak sedarjat. Tapi tak salahkan kalau kita berkawan?”
“Err.. Encik Rayyan.”
“Apa?”
“Ais krim ni nampak macam dah cair. So, apa kata kita makan?” cadangku. Sengaja aku mengubah topik. Malas pula hendak berbahas soal status, darjat, keturunan ataupun sebaliknya.
Ais krim Vanila yang kian cair itu aku jilat – takut sekiranya meleleh. “Alamak! Mana ais krim saya?”
“Ni.. ni,” Penuh cermat aku menghulur kon ais krimnya yang dipegangku sejak dari tadi. Perlahan-lahan Rayyan menyambut huluranku itu. Dia mencebik. “Ala.. dah cair.”
“Itulah.. bebel je tadi. Mmm.. Encik Rayyan.”
“Apa lagi?”
“Jom duduk kat buaian tu!” ajakku selamba, seraya tersengih memandangnya. Rayyan turut memandangku, lalu memandang buaian itu. Kemudian, dia kembali memandangku bersertakan sebaris senyuman. “Jom!”
***
KON ais krim yang terjatuh di atas rumput aku pandang – memandangnya dengan rasa sedih, kecewa dan sebagainya. Dipagut rasa sayu hatiku tatkala terlihatkan ais krim itu. Punah harapanku untuk menikmati ais krim itu gara-gara kemunculan anasir – kucing.
“Dengan kucing pun takut ke? Haih.. tak faham, tak faham,” bebel Rayyan di sebelahku. Dipandang wajah muramku dengan gelak tawa yang cukup sinis, seolah-olah mengejekku. Aku sekadar tertunduk – memandang lantai. Terkenangkan nasib malangku hari ini dengan hati yang pilu.
“Nah,” kon ais krim miliknya dihulurkan kepadaku. Dapatku tangkap sebaris senyuman di bibirnya. Aku memandangnya hairan. “Apa ni?”
“My ice cream. Have a bit please?” pujuknya lembut. Aku sekadar tersenyum. “No thanks,” tolakku.
“Take it or else..”
“Or else what?” potongku laju. Tajam mataku memandang mata amber itu. “Or else.. I won’t talk to you, days by days.”
“Excuse me?”
“Makan je lah,” ucapnya seraya menyumbatkan ais krim itu ke dalam mulutku. Tergamam aku untuk seketika. Dipandang wajah kacak itu bagaikan tak percaya – masih terkejut akan tindakannya. “Apa pandang-pandang?” soalnya tanpa rasa serba salah.
“Awak ni memang biadab kan?”
“Biadab dengan awak je,” senada sahaja dia bersuara. Aku geleng kepala. Ais krim yang comot di bibirku aku kesat dengan hujung baju. “Eeee, apasal pengotor sangat ni? Nah, tisu,”
Sehelai tisu dihulurkan kepadaku. Namun, tatkala aku ingin mencapai tisu itu, dia menghalang pula. Aku angkat kening – hairan dengan tingkahnya. Ingat lawak ke? “Bak sinilah tisu tu.”
“Alright, tapi dengan satu syarat,” pintanya. “Okay whatever. Apa syaratnya?”
“Just let me ‘kesat’ your lips.”
“Huh?” Terjongket sebelah keningku saat mendengar permintaan karutnya itu. Pantas aku bertindak – merampas tisu tersebut daripada pegangannya. Tersentak dia seketika gara-gara tindakan drastikku. “Woi!”
“Apa?” soalku tanpa rasa bersalah. Bibir yang comot aku kesat perlahan. “Mana aci main tipu.”
“So what? Err.. nanti tak tentu fasal saya kena bebel dengan Tania.”
“Pardon?” soalnya hairan. Pasti terkejut akan kemunculan nama Tania barangkali. Aku menarik nafas perlahan sebelum meneruskan kata-kata. “Tania. Dia kan tak suka kalau saya terlalu rapat dengan awak. Awak hak dia katanya,” balasku ala kadar sahaja.
Berkerut seribu dahi Rayyan tatkala mendengar kata-kataku. Mungkin beliau terkejut atau tidak mengerti sama sekali. Haih, buang air liurku sahaja. “Dia kata, saya hak dia? Ha ha, since when?” soalnya bersertakan gelak tawa.
“Manalah saya tahu. Itu kan urusan awak dengan dia, tak ada kena mengena dengan hidup mati saya,” jelasku, malas hendak masuk campur. “Haih.. bunyi macam jealous aje?”
“Err.. mana ada!” sangkalku. “Kalau tak ada, kenapa nak marah?”
“Bila masa saya marah? Saya Cuma.. Cuma terangkat aje,” Ops, terangkat? Sesuai ke perkataan itu untuk menggambarkan situasiku? Adoi, nampak macam tak sesuai lah pula! Ah, habislah aku! Omelku dalam hati.
“Terangkat? Mmm.. nampak sangat awak jealous. Haih, relakslah. Saya tak ada apa-apa hubungan pun dengan dia. Dia je yang over,” terangnya perlahan. Langsung tidak memandangku, malah hanya memandang rumput. Aku tarik nafas lega. Entah kenapa, aku sendiri tak tahu. “But you both like a loving couple..”
“Dulu. Not now anymore,” ucapnya seolah-olah membuka pekung di dada. Aku memandangnya tajam. Cukup terkejut akan pengakuan yang dibuat oleh lelaki itu. Terkejut bukan kerana hubungan mereka, tapi kerana Rayyan sudi mengakui kebenaran itu – pernah menjalin hubungan dengan bibik sendiri. Tidakkah dia berasa malu?
“Awak pernah.. bercinta dengan bibik sendiri?” sengaja aku menyoal, sekadar menginginkan kepastian. Rayyan tersenyum padaku. Entah apa yang lucu, aku sendiri tak pasti. Mungkin masih ada kesan comot di bibirku barangkali. “Dia bukan bibik saya.”
“Habistu, dia siapa? Adik awak?” soalku sinis. Geram akan sikap Rayyan yang tidak mahu menerima kenyataan. Kalau memang pernah bercinta dengan bibik sendiri, mengaku je lah! Tak payah nak berdolak dalih, bebelku dalam hati. “She’s my ex girlfriend, who pretends to be a maid. Do you understand?”
Terkejut beruk diriku saat terdengarkan penjelasan lelaki itu. Sungguh aku tak sangka Miss Tania Gedik isn’t a maid! Tapi seorang gadis setia yang sanggup berlakon menjadi maid, semata-mata hendak mendekati cinta hatinya ini. Begitu?
“I’m more than understand,” ucapku perlahan. Sedikit serba salah kerana sudah menuduh lelaki itu yang bukan-bukan. Nampaknya, Megat Rayyan tidak seburuk yang disangka. “Okay, good then.”
“Saya.. minta maaf.”
“Sebab?”
“Sebab.. bersangka buruk pada awak, tuduh awak yang bukan-bukan. I’m sorry, I shouldn’t do that.”
“Ha ha, it’s okay. I’m not offended at all. Mmm.. Nina,” panggilnya lembut. Membuatkan aku tersentak di situ. Mana taknya, namaku dipanggil tanpa gelaran Bik seperti selalu. Hal itu yang menyebabkan aku gementar dan berdebar. Aku kembali memandangnya. “Yes?”
“Awak.. ada boyfriend?” soalnya penuh berhati-hati. Dibalas pandanganku dengan riak yang sukar untuk diertikan. Direnung anak mataku tanpa berselindung. Aku tertunduk tatkala merasakan sesuatu yang tidak kena. “Tak,” Pendek sahaja aku menjawab, langsung tidak memandangnya.
“So, saya ada chance lah ni.”
“Chance apa?” soalku hairan. “Chance nak mengorat awak lah..”
“Hah?” Melopong luas mulutku tatkala terdengarkan kata-kata itu. Namun, riak di wajah masih aku kawal. Takut sekiranya disyaki sesuatu. “Kenapa? Terkejut?”
“Ta.. tak.”
“Eleh, kalau terkejut mengaku je lah. Tapi saya rasa kan, tak salah kot kalau saya nak ngorat awak. Well you’re pretty what,” ucapnya selamba. Merah padam wajahku saat dipuji melambung sebegitu. Mana taknya, si crush puji cantik. Siapa je yang tak blushing mengalahkan buah strawberi?
“Err.. Encik Rayyan. Saya rasa macam nak baliklah. Dah petang,” pamitku seraya melihat awan mendung di atas kepala. Berkemungkinan hujan bakal turun tidak lama lagi. “Ala, relakslah. Saya baru nak ajak awak selfie,” ucapnya. Segera dicapai Iphone 5s dari dalam poket. Lalu diletakkan pula pada Monopod yang dibawanya tadi.
Aku tercengang di situ – terkejut melihat tindakan Rayyan yang mula beraksi di hadapan kamera. Dipandang wajahku dengan riak yang aneh. “Oit, cepatlah action. Saya dah timing ni.”
“Huh?”
“Quick! Say cheese!” Pantas aku ditarik ke dalam dakapannya tanpa diduga. Terkejut beruk aku dibuatnya! Lengan sasanya pula begitu erat memeluk bahuku. Pada masa yang sama, dapatku rasakan hembusan nafasnya di dahiku. Aku.. benar-benar beku di situ.
***
“NAH..”
Huluran Datin Maria itu aku pandang hairan. Termangu-mangu aku di situ sambil memandang wajah seriusnya. Dahi yang sudah sedia berkerut dikerutkan lagi. “Baju apa ni, Datin?”
“Baju event malam ni. Mmm.. cantik tak?”
“Cantik..” Terangguk-angguk aku mengiakan kata-kata Datin Maria itu. Mata tidak lepas memandang maxi dress labuh itu. Senyuman manis dikirimkan buatku.
“Hatta Dolmat yang design.. Specially for my birthday gift,” ucapnya mendabik dada. Penuh bangga. Yalah, pereka fesyen terkemuka Malaysia menghadiahkan sehelai seni rekaan yang cukup cantik, gah dan menawan. Cukup memukau bagi sesiapa sahaja yang melihatnya. Siapa je yang tak bangga? Kalau aku jadi Datin Maria pun aku bakal bangga tak ingat dunia. Atau mungkin jauh lebih bangga daripada si dia. “So, it might be the exclusive one,” telahku.
“Of course.. Eh Nina, tolong seterikakan baju ni ya. Malam ni saya nak guna. Ada majlis makan-makan sikit,” pesannya sebelum berlalu dari situ. Aku sekadar mengangguk bak burung belatuk tanda mengerti. Penuh cermat dress itu digantung pada hanger. Mahu menyelesaikan urusan lain terlebih dahulu sebelum melaksanakan tugas yang Datin Maria arahkan.
Baru sahaja aku ingin membuka pintu kamar… “Hai.” Terjengul wajah kacak Megat Rayyan di hadapan muka pintu. Aku terkedu di situ. Terkejut. Atas bawah, atas bawah tubuh sasa itu aku perhatikan. T-shirt Nike merah tanpa lengan bersertakan seluar pendek hitam paras lutut menjadi pilihannya. Err.. dia ni memang model Nike ke apa? Sepanjang berminggu-minggu aku bekerja di Vila Idaman ini, hampir hari-hari aku melihatnya bersama barangan jenama Nike. Kalau bukan baju, kasut. Kalau bukan kasut, baju. Kalau tak pun, seluar. Hmmm..
“Awak nak apa?” Mendatar sahaja suaraku bertanya. Mata masih tak lepas memerhati wajah iras Taylor Lautner itu. Dia tersenyum memandangku. Manis dan ikhlas di mata ini. “Tak ada apa. Just nak ajak awak have fun with me..”
“Have fun?” Belakang kepala yang tidak gatal aku garu perlahan, selamba. Berkerut seribu dahiku mencerna kata-katanya itu. Gara-gara reaksiku yang jelas keliru dan tampak bodoh, dia ketawa, sehingga menampakkan sepasang lesung pipitnya. Terpaku aku memerhatikan gelagatnya itu. Comel. “Haha yes. Mmm.. jom? Teman saya cuci kereta?”
***
“ENCIK RAYYAN ni apahal? Habis basah baju saya!” teriakku sambil mencapai batang paip sepanjang setengah meter itu. Pantas aku memancutkan air paip ke wajahnya. Terkekek-kekek Rayyan ketawa geli hati. Suka pula aku melihat wajah cerianya itu. Tampak ceria dan bahagia.
“Berani awak pancut air ke muka saya ya? Nah.. ambik ni!” Kali ni giliran dia pula memancutkan air ke wajahku. Bertambah lencun baju aku dikerjakannya. Haish, Rayyan ni.. Memang nak kena! “Iyaaaaaa!!!” jeritku kuat. Penuh perasaan. Bersama mata yang dipejam rapat. Tangan masih setia memancutkan air ke wajah si dia.
“Bik, stop!” Suara jeritan Rayyan membuatkan aku tersentak seketika. Pantas aku membuka mata – melihat apa yang aku lakukan pada masa itu. Ya Allah.. Mak Umi!
“Mak Umi.. Mak Umi tak apa-apa ke?” soalku penuh prihatin. Serba salah. Batang paip sudah lama aku campak entah ke mana. Habis lencun baju Mak Umi gara-gara keterlanjuranku sebentar tadi. Perlahan-lahan aku membantunya untuk bangun. “Aiyok Nina.. Tak tahu..”
“Awak boleh tolong diam tak?!” Amarah aku hamburkan pada Rayyan yang sedang asyik mengenakanku. Terus terdiam mamat itu. Membuatkan aku bertambah serba salah. Kalau aku tidak terlalu emosional tadi, pasti keadaan tidak akan bertukar sebegini. Pasti Mak Umi tidak akan dihentamku seteruk ini.
“Mak Umi.. Maafkan Nina..” ucapku perlahan. Sebak. Air mata yang hampir mengalir aku tahan, aku sekat. Menyekatnya agar tidak terlerai. Karang tak tentu fasal aku dijadikan bahan tawa Rayyan. Haih, tebal muka aku nanti. “Ya Allah, Nina.. Tak ada apa lah. Mak Umi okey aje.”
“Kenapa ni, Mak Umi?” soal Tania yang baru sahaja muncul di situ. Terkejut benar dirinya melihat keadaan Mak Umi yang jelas basah kuyup. Tajam matanya memandang aku. “Kau buat apa kat Mak Umi, hah?!”
“Eh Nia.. Sudah, sudah.. Jangan bertengkar. Mak Umi okey lah. Bukan salah Nina pun. Salah Mak Umi. Mak Umi yang cuai,” Sedaya upaya Mak Umi cuba menyebelahiku. Air mata yang aku tahan sedari tadi mengalir jua. Rasa sebak di dada menguasai diri. Pantas tubuh tua Mak Umi aku peluk. Melepaskan segala rasa di situ. “Maafkan Nina, Mak Umi.. Nina tak sengaja. Nina tak ada niat nak susahkan Mak Umi.. Ampunkan Nina..”
“Kau ni memang suka menyusahkan orang kan?” potong Tania, cukup menyampah dengan sikapku barangkali. “Tania.. tak baik cakap macam tu.”
“Tak baik apanya, Mak Umi? Perempuan ni yang kurang ajar!”
“Tania, enough!” Tegas dan kuat Rayyan bersuara. Tersentak Tania dibuatnya. Namun, minah itu masih berani melontarkan kata. “Awak yang sepatutnya enough, Rayyan! Bermesra-mesraan dengan bibik sendiri. Menyusahkan orang lain lagi. Do you think you’re enough good, huh?”
Pandangannya dialihkan pada aku. Tajam matanya memandang diri ini. “Saya tak tahu lah apa yang ada kat perempuan tu, sampaikan awak sanggup tinggalkan saya, abaikan saya. She’s just a maid, sedangkan saya? The one who dare to be a maid.. a servant.. just because of you,” Perlahan dia memegang bahu Rayyan, sebelum mengangkat kaki dari situ. Rayyan terdiam. Lama.
***
“Kau fikir benda ni murah?! Macam maruah kau?”
“Aku percayakan kau, tapi kau pijak kepala aku?!”
“Kau jangan nak menangis macam perempuan murahan kat sini!”
“Mak bapak kau tak pernah ajar ke cara jaga barang orang?!”
SAKIT. Sakit hati ini. Perit. Bagaikan dihiris dan disiat satu per satu. Pedih. Tatkala wanita yang sudah aku anggap seperti ibu sendiri, menggelar aku perempuan murahan. Perempuan tiada maruah. Apa lagi?
Air mata yang asyik mengalir sedari tadi aku seka kasar. Pilu dan sedih, tidak dapat aku sorokkan kini. Pabila digelar perempuan murahan, pabila dituduh yang bukan-bukan, pabila difitnah secara terang-terangan, hati ini terasa sakit dan perit. Sebak. Sekali lagi aku menangis. Menangis, menangis dan menangis. Itu sahaja yang mampu aku lakukan kini. Instead of, mempertahankan diri aku sendiri. Wajah diraup dengan tapak tangan. Tidak mahu mengganggu sesiapa. Biarlah aku menangis sendiri, menahan rasa di dada sendiri, menanggung kesedihan sendiri. Aku memang ditakdirkan untuk hidup menyendiri, tanpa sesiapa di sisi.
“Nina..” Suara itu. Suara yang sudah sebati dalam pendengaranku. Suara yang asyik aku dengari dari sehari ke sehari. Suara yang sering memujukku tatkala hati terasa sepi. Aku angkat muka – memandang si empunya suara yang berdiri tegak di hadapanku.
Rayyan.
“What brings you here?” soalku tenang tapi serius. Pandangan sudah aku alihkan ke langit malam – memerhati kerlipan bintang yang menemani diri di malam hari. Rayyan sudah elok melabuhkan punggung di sebelahku. Dapat aku perhatikan renungan tajamnya dari ekor mata. Pantas aku berdeham tatkala merasakan debaran yang semakin kencang di hati. “Awak okey?” Lembut dia menyoal.
“Yes,” balasku pendek. “Awak tipu.”
“Dah tu?” Suara aku kian meninggi. Geram akan sikap Rayyan yang jelas keanak-anakkan. “Mmm.. Nina..” panggilnya lembut. Selembut angin malam yang sepoi-sepoi bahasa kini. Aku mengalihkan pandangan – memandangnya di sebelah. Malu-malu hati ini mahu berbuat seperti itu, namun digagahkan juga. Kelihatan dia masih merenungku – membuatkan hati ini bertambah malu dan kian berdebar. “Yes, Encik Rayyan?”
“Maafkan mummy saya..” Megat Rayyan. Inilah dia. Tidak pernah jemu memohon maaf daripada aku. Bila Megat Fayyad menghentam aku, dia yang meminta maaf. Bila mummynya, Datin Maria menghina aku, dia juga yang meminta maaf. Kenapa? Aku sendiri tak tahu. Apa yang jelas lagi nyata, dia gemar menjadi volunteer.
“Maaf, maaf, maaf. Sikit-sikit minta maaf. Kalau tak payah minta maaf, tak boleh ke?” ucapku penuh emosional. Sengaja. “Kenapa? Awak tak nak maafkan saya lagi ke?”
Diam. Pertanyaan daripada lelaki itu tidak mampu aku jawab. Hati masih berat untuk menerima apa-apa kemaafan daripada sesiapa, meskipun ini semua bukan salah Megat Rayyan. “Nina..”
“Bik Nina, it should be,” tegurku seraya melarikan mata. Kembali menatap langit malam. Memerhati kerlipan bintang dan sinaran bulan. Kedengaran Rayyan mengeluh perlahan, sebelum menarik kedua-dua belah bahuku agar mata ini memandangnya. “Mummy saya memang macam tu bila emosional – tuduh orang secara melulu, tanpa usul periksa. Memang mulut dia nampak laser, tapi hati dia baik.. penyayang.. Saya tahu, dia tak maksudkan apa yang telah dia katakan. Dia sayang awak, Bik Nina.. Dia anggap awak macam anak sendiri..”
Dia sayang aku? Dia anggap aku macam anak sendiri? Tapi kenapa dia tega menggelar aku perempuan murahan? Ah, mulut Rayyan memang manis. Semanis buah strawberi bila dicecah dengan coklat. Aku tahu, dia sengaja berkata sebegitu hanya kerana ingin memujuk hati ini.
Air mata yang mengalir laju disekanya perlahan. Terdiam aku untuk seketika. Kaku. “Stop crying.. I can’t resist to see your tears. It hurts me a lot,” pujuknya lembut. Tajam mata amber itu merenungku. Tepat pada anak mataku. Semakin bergenang air mata yang terpaksa ditahan kini. Aku senyum sinis. “Toksah lah dok pujuk saya. Buang masa je..”
“Bik, awak tak nampak ke semua ni?”
“Err.. nampak apa?” serius aku bertanya. Penasaran. Sekali lagi Rayyan mengeluh perlahan. Mungkin sudah penat dengan sikapku, kenaifanku. “Serius awak tak nampak?”
Mm.. nampak apa?
Rayyan memperbetulkan duduknya, berdeham sedikit untuk membasahkan tekak. Tampak seperti ada perkara penting yang ingin disampaikannya. Aku setia menunggu, namun mata masih tidak lepas memandang perlakuan anehnya. Tatkala tangan ini dicapainya, hati bagaikan bergetar, berdebar. Dan tatkala tangan ini sudah mendarat di dada kirinya, dapatku rasakan detak jantung yang bagaikan mahu pecah. Dup dap dup dap dup dap. “Err.. Encik Rayyan.What happened to your..”
“Saya sayang awak. Awak nampak tak?”
***
“SAYA sayang awak. Awak nampak tak?”
Sedari tadi, ayat keramat itu asyik terngiang-ngiang di telinga ini. Cukup terkesan, dan kesannya meninggalkan satu perasaan yang aneh di hati. Hmm perasaan apa? Cinta? Ah, tak mungkin. Terlalu awal untuk berbahas soal cinta. Lagipula, aku masih muda, terlalu muda. Lapan belas tahun. Umur yang sepatutnya kini bertungkus lumus mengejar impian di menara gading. Mencipta kejayaan. Namun, apatah daya.. Diri ini tak mampu untuk menanggung kos pembelajaran sendiri.
Ipad pemberian Rayyan sempena ulangtahun kelahiranku yang ke-18 aku capai. Membuka laman web Instagram lelaki itu. Memang sudah menjadi kebiasaan diri ini menjadi stalker Megat Rayyan. Ala, setakat tengok-tengok gambar yang diupload Rayyan, apa salahnya? Sekurang-kurangnya, dapat juga aku mengetahui perkembangan lelaki itu menerusi media sosial.
Dan.. berdasarkan pemerhatian aku sendiri, Megat Rayyan is a hottie. Followers beribu-ribu mengalahkan retis Malaysia. Hebat sungguh. Kadangkala, cemburu pula hati ini apabila terlihatkan gadis-gadis cantik yang tergedik-gedik mengoratnya. Ah, mana aku tahu? Mmm.. nama pun stalker. Of course lah aku tahu!
Sedang aku asyik melihat gambar-gambar di laman Instagramnya, tiba-tiba perlakuanku terhenti tatkala terpandangkan satu gambar. Satu gambar yang membuatkan hati ini berdebar sakan. Bergetar kuat.
Siapa gadis itu? Tania ke?
Demi menjawab segala persoalan, pantas aku menekan gambar tersebut untuk mengetahui info yang lebih lanjut. Terlebih dahulu gambar tersebut aku tutup dengan tapak tangan. Tak sanggup untuk melihatnya. Caption yang tertulis panjang lebar itu aku baca penuh teliti dan perasaan.
Eating ice-cream together with my love, baby, sweetheart, honey & everything. Yes, everything.. She’s the one who always cheer me up, make my days beautiful than ever, burst my laughter all the time, create the sweetest smile on my lips and.. fill in my life with full of happiness. Deep in my heart, she’s special. So much special like no one could be. Thank you, God. Thank you for sending her to me. Thank you for creating her from my ribs (how I wish, haha). May You bless us, God. And may this closer relationship will turn into a marriage, one day. Amin.
Here’s a love from me, Megat Rayyan Megat Jamal to my lovely princess who fell down from the sky, Nina Aulia.
Ni.. Nina Aulia?
Terasa seperti ada benda yang tersekat di celah kerongkong pada ketika itu. Cecair yang asyik bertakung di tubir mata sedari tadi mulai terancam. Laju sahaja ia mengalir di pipi ini. Hangat.
Perlahan-lahan tangan yang menutup gambar itu aku alihkan. Menggigil. Tatkala mata mula terlekat pada gambar itu, senyuman di bibir mulai terukir. Sayu. Gambar ketika berada di taman pada beberapa minggu yang lalu. Ketika kami bersama-sama menjamu ais krim Uncle Malik.. Ketika ais krim milik aku terjatuh menyembah rumput kerana seekor kucing.. Ketika Rayyan menyumbat ais krimnya ke dalam mulutku.. Dan ketika.. kami selfie bersama-sama, menggunakan kamera dan Monopod miliknya.
Ah, betapa manis detik itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Betapa aku inginkan detik itu berputar kembali, Dia juga yang tahu. Aku scroll ke bawah, melihat komen-komen yang diberikan. Banyak dan pelbagai.
This is so sweet, Rayyan. Keep it up!
Who is she, Rayyan? Bakal menantu Datin Maria?
Ah… sweet! Never fail to make my heart beats faster.
Sama padan, sama cantik. Moga kau orang berjodoh!
Comelnya you both. Bagai pinang dibelah dua gitu uolls.
Hmm cantik.. But I suit you well, Rayyan. Call me if you’re free – Kate
Nina and Rayyan look perfect together~~~
Kalau dah nak kahwin, jemput! Jangan sorok-sorok.
Tekak dah tak sabar nak rasa nasi minyak ni..
Aku lebih cantik daripada perempuan ni lah!
Nak marah kenapa? Dah jodoh mereka.
Berdekah-dekah aku membaca komen-komen yang diberikan. Pasti Rayyan pening nak melayan. Sebab tu, habuk pun tak dibalasnya. Haih, Rayyan.. Rayyan.. Beginilah lumrah hidup orang famous agaknya. Ramai yang memerhati…
Termasuk aku?
Haha, kelakarlah kau ni Nina. Kelakar. Mata yang bersinar-sinar memandang skrin Ipad aku pejam rapat. Ingin membayangkan detik indah dan bahagia bersama Megat Rayyan. Detik yang mungkin bakal berlaku tak lama lagi. Ah, mungkin. Tak semestinya ya.
Selamat malam, dunia. Mimpi indah!
***
ANGIN pagi yang menenangkan jiwa aku hirup perlahan. Alangkah indahnya jikalau angin seperti ini dapat aku rasakan setiap hari, setiap masa. Segar dan nyaman. Nyamannya tak tumpah seperti suasana di kampung halamanku. Kampung halaman yang sudah lama aku tinggalkan untuk belasan tahun.
“Kasut saya kat mana ya?” Bunyi suara garau itu mengejutkan aku. Mematikan lamunan pagiku. Aku menoleh – memandang ke arah belakang. Kelibat Megat Rayyan yang tampak segak berkemeja biru gelap aku perhatikan. Kacak. Hot. Gorgeous. Persis Taylor Lautner.
“Nina? Pandang apa tu?” tegur Mak Umi yang sedang asyik berbual dengan Rayyan sebentar tadi. Rayyan di hadapannya sudah memandang aku dengan riak yang aneh. Namun, dapat aku tangkap senyuman nakal yang terukir di bibirnya. Aku tunduk, garu belakang kepala yang jelas tidak gatal. Malu. “Err.. tak ada apa, Mak Umi.”
“Mm.. eloklah kalau begitu. Haaa Rayyan dah nak bertolak ke? Tak nak sarapan dulu? Penat Mak Umi masak ni,” pelawanya ramah kepada Rayyan. Rayyan pula sekadar tersenyum. Senyuman paling manis yang pernah aku lihat. Mungkin sebagai tanda hormat kepada yang lebih tua. Salute! Kalau ya. “Toksah lah, Mak Umi. Rayyan dah lambat ni. Biar je lah dia orang yang makan.”
“Yalah Rayyan oi. Tapi jangan lupa makan kat ofis ya? Karang tak tentu fasal kamu kena gastrik. Pening pula kepala Datin nak melayan nanti. Eh, tali leher kamu kenapa tu?” Membundar mata tua Mak Umi memerhatikan tali leher Rayyan. Nak memastikan apa yang dilihatnya barangkali. Aku di hujung dapur sekadar memanjangkan kepala. Sengaja nak menyibuk. Sekali sekala. Rayyan bingung sendiri terlihatkan perlakuan kami. Tali leher yang sudah elok diikat dipandangnya. “Kenapa apa, Mak Umi?”
“Tak.. Tie tu. Senget,” komennya setelah berjaya mengenalpasti. Entah kenapa aku berasa tak sedap hati pula. Dapat aku rasakan mata tua itu sedang tajam memerhati diri ini. Tanpa berlengah, pantas aku menoleh – memandang wajah Mak Umi penuh penasaran. “Err.. kenapa, Mak Umi?” Polos aku bertanya.
“Haish, budak ni.. Buat-buat tanya pula. Tu hah.. tie. Betulkan.” Selamba Mak Umi arahkan aku. Tergamam aku mendengar permintaannya itu. Bibir bawah aku gigit perlahan. Teragak-agak mata ini ingin memandang Rayyan, namun akhirnya, dipandang jua. Terpaksa.
Akibat desakan Mak Umi, sedaya upaya aku cuba gagahkan diri. Menapak setapak demi setapak ke hadapan, mendekati Rayyan. Pabila jarak kami sudah diistilahkan sebagai ‘rapat’, perlahan lahan tangan ini memegang tali leher itu. Cermat. Tali leher yang sedikit senget itu aku betulkan agar tampak kemas. Pada masa yang sama, sempat pula mata ini memandang halkum Rayyan yang asyik bergerak. Ah, baru aku perasan. Ketinggian aku sekadar paras halkumnya sahaja. Ya, halkum. Pendek kan? Err.. pendek sungguh! “Done..” ucapku setelah selesai. Jarak antara kami dijauhkan semula. Hah, lega hati.
“Thanks, Bik..”
“No biggie, Encik Rayyan.” Senyuman separuh ikhlas aku hulurkan.
“Kau orang berdua ni nampak sepadan lah! Elok kalau menikah.. Macam pinang dibelah dua,” omel Mak Umi yang asyik memerhatikan kami sedari tadi.
Rayyan yang sudah tercegat di pintu dapur sekadar tersenyum. Tampak manis di pandangan ini. Entah kenapa hati berdebar pula. “Saya okey aje, Mak Umi. Asalkan.. Nina kata setuju.”
Gulp! Aku telan liur. Kesat. Sejurus itu juga, aku memandang Rayyan. Tajam. Sambil membeliakkan biji mata. Dan Rayyan pula.. Sekadar mengenyit mata. Erghhhh! Panas.
***
“HOME sweet home, baby!”
“Awak buat apa kat sini?” soal Rayyan serius. Seserius wajahnya kini. Tegang dan.. tampak penat. Tania di sisi sekadar tersenyum manja. Menggesel-geselkan tubuh rampingnya dengan tubuh sasa Rayyan. Ah, sakit pula mata aku yang melihat.
“Sambut awak balik lah, sayang.. You must be tired right?” Rayyan hanya mampu menggangguk. Cukup malas hendak melayan kerenah Tania barangkali. Tatkala terperasankan keberadaan aku di sebelah Tania, dia sedikit terkejut. Jelas riak kagetnya di mata ini. “What’re you doing here, Nina?”
“Ops.. before I forget. Nah, Bik Nina. Take it and leave. And then, please make a coffee for my babyboo.” Beg bimbit jenama Chanel milik Rayyan diberikan kepada aku. Aku menyambutnya dengan sebaris senyuman. Patuh kepada arahan minah gedik itu, meskipun hati ini cukup berat.
“Err.. wait. I think I want you to make a coffee for me, Nia. I’m longing for it..” Terhambur senyuman teruja di bibir mungil Tania tatkala terdengarkan permintaan kekasih buah hati pengarang jantungnya itu. Dia pantas bangun. Dan aku.. Cuma mencebik. “And you, Nina.. Please stay. I wanna have a talk with you.”
Terdengarkan arahan kedua Rayyan itu, Tania terus mencebik. Memandang aku dengan riak tidak puas hati. Sebelum beredar ke dapur, sempat pula dia berpesan kepada aku. “Kita belum selesai lagi. Not yet.” Aku sekadar tersenyum santai dan relaks. Langsung tidak takut atau terancam akan gertakan perempuan itu.
“Just ignore her, Bik. She’s getting insane,” Rayyan mula bersuara setelah pasti akan ketidakberadaan Tania di situ. Aku ketawa perlahan. Terasa lucu akan kata-kata Rayyan itu. Huh.. getting insane? Don’t you realise who is she, Megat Rayyan? Don’t you?
“Awak tak sepatutnya mengutuk girlfriend awak di depan saya, Encik Rayyan. She might be hurt and frustrated if she heard your words..”
“Who cares?” Selamba Rayyan berkata. Langsung tidak menunjukkan rasa serba salah atau sebaliknya. Aku tersenyum tenang. Setenang hati ini. “Tak elok lukakan hati perempuan, Encik Rayyan. She loves you so much..” pesanku. Ikhlas dari lubuk hati, walau hati ini terasa sedikit sakit. “But I don’t.”
“Why?” soalku penasaran. Mata masih tidak lepas merenung anak matanya. Tajam. Rayyan sedikit berdeham. Seakan-akan mencari ruang untuk berkata-kata. “Cuz I..”
“Cuz you what?” potongku laju. Masih merenungnya. “Cuz I.. don’t.”
Huh. Saspen betul mamat ni. Mendebarkan hati aku aje kerjanya. Aku tarik nafas panjang. Lalu dihembus perlahan. “Then tell her.”
“I can’t.. cuz she never give me a chance to tell about it.”
“Jangan seksa perasaan perempuan, Encik Rayyan. Saya tak suka,” jujur aku meluahkan one of dislike things aku itu. Dia sedikit terkejut mendengar kata-kata itu. Wajah ini dipandangnya sekilas. Hanya sekilas. Tapi tampak dalam dan sememangnya tembus ke hati. “I’m sorry..”
“Say sorry to her. Not me,” tegas aku berucap sebelum berkira-kira untuk beredar dari situ. Namun, dia pantas bertindak – menghalangku daripada pergi. “Petang ni.. joging jom?” ajaknya lembut. Takut sekiranya aku melenting barangkali.
“Tell her the truth first.. then I will.” Laju aku melangkah dan mendaki anak tangga satu per satu.
Meninggalkan dia sendirian di situ. Rayyan mengeluh perlahan, memandang Tania yang sedang asyik membancuh kopi di dapur. Dapat dia perhatikan riak bahagia yang tersorok di sebalik wajah cantik itu. “Should I?” Dia bingung sendiri.
***
“PAK UCOP, itu Rayyan ke?” soal Datin Maria saat terpandangkan aku dan putera bongsunya. Pak Ucop di hadapan sudah tercari-cari. Membundar mata tuanya memerhati luar tingkap Mercedes.
“Mana Datin?”
“Itu haaa. Yang tengah gelak sakan dengan Bik Nina tu.” Jari runcingnya ditunding pada aku dan Rayyan. Begitu fokus Pak Ucop mengenalpasti arah tundingan jari majikannya itu. Tatkala berjaya mengesan, dia tersenyum nipis. “Ya, Datin. Mereka berdua memang rapat.”
“Rapat macam tu sekali? Hmm.. Rayyan tak pernah beritahu pun,” Suara Datin Maria kedengaran cemburu dan menyampah. Serba salah Pak Ucop dibuatnya. “Ala Datin.. Datin pun tahu kan? Rayyan tu bukannya suka sharing. Tahu pendam aje.”
“Memandai aje Pak Ucop ni,” Datin Maria cuba menafikan. Mata garangnya masih tajam memerhatikan kami. Memerhatikan gelagat kami yang tak tumpah seperti pasangan kekasih sejoli. Ada api cemburu di sebalik mata ambernya.
“Saya harap, mereka tak ada apa-apa hubungan..”
“Kalau apa yang sedang berlaku tak seperti yang Datin harapkan?”
“I won’t let it,” ucapnya tegas dan garang. Segarang singa yang sudah lama menahan kelaparan. Kecut perut Pak Ucop memerhati perlakuan majikannya itu. Tampak seperti hatinya penuh dengan dendam. Fikirannya pula penuh dengan perancangan. Haih, Mak Datin ni.. Lagak seperti watak antagonis pula. “I won’t let it, Pak Ucop. I won’t.”
***
“HAI, dah balik?” Ramah aku menegur Rayyan yang baru sahaja meloloskan diri dari dalam Ferrari Spider. Senyuman gula terpahat elok di bibirnya. Tampak sungguh manis di mata ini. Seksi. Swag.
Terlihatkan dirinya yang semakin mendekati aku, hati ini menjadi tidak keruan pula. Tak semena mena aku tunduk memandang lantai – melarikan pandangan. Berkerut dahinya terpandangkan perlakuan aku. “What’s so special on the floor?”
Lembut dia bertanya. Terasa kering pula tekak ini. Perlahan-lahan kepala aku dongakkan – memandangnya yang jauh lebih tinggi daripada aku. Senyuman memalu aku kuntumkan buatnya. “Seganlah berdiri sebelah awak..”
“Huh?” Bertambah berkerut dahi Rayyan dikerjakanku. Hairan. Sebaris gigi yang elok tersusun aku tayangkan kepadanya. Sengih. “Heee.. awak tinggi sangat.”
“It’s good then,” ucapnya tenang. Sambil tepat memandang anak mataku. Aku terasa gugup pula tatkala mata amber itu menusuk ke dalam kalbu. Rasa seperti.. seperti.. “Ke.. kenapa?” Tergagap-gagap aku bertanya.
Rayyan tergelak kecil melihat tingkahku. Namun, mata itu masih setia merenungku. Oh hati, bersabarlah. Teguhlah. “Hmm.. so that, I can protect you.. defend you.. from any.. threat?”
Kaku. Kaku aku di situ gara-gara ayat keramat si Rayyan itu. Oh tuhan.. rasa seperti aku sedang bermimpi. Bermimpikan sesuatu yang tak mungkin bakal menjadi realiti. “Manisnya mulut..”
“As sweet as my feeling towards you right now, Bik. The sweetest feeling I’ve ever feel,” ucapnya cukup romantis bersertakan senyuman seksi di bibir. Tangan kanannya dihulurkan kepada aku. Membuatkan aku tercengang di situ. Bingung.
Kening aku angkat – ingin meminta penjelasan. Dia sekadar tersenyum. Senyum, senyum dan senyum. Itu sahaja yang asyik dia lakukan untuk mengusik hati ini. “Salam.. A good wife should do that.”
“But.. I’m not your wife,” sangkalku kebingungan. Hairan. Dia tergelak kecil. Comel. “To be.”
“Huh?”
“My wife to be,” ucapnya perlahan. Tangan masih dihulurkan kepada aku. Aku sekadar tersenyum nipis. Kepala menggeleng perlahan. “Not now..” Pantas tangan ini mencapai beg bimbit Chanel daripada pegangannya. “And never.”
Kaki cuba untuk melangkah pergi, namun.. “I wanna have a coffee with you, Nina. At pondok, maybe?” pelawanya. Tampak ikhlas. Aku menoleh kembali – memandang wajahnya. Senyuman manis aku ukirkan khas untuknya. “No problem. But.. let me make coffee for us first.”
“Okay.. I’ll wait.”
***
“TAK nak kahwin ke?” soal Rayyan tiba-tiba, seraya menghirup Coffee Beans buatanku. Aku kembali memandangnya. Di sebelah. “Kenapa?”
“Tak ada apa. Saja tanya,” jawabnya tenang. Namun, dapat aku tangkap senyuman nakal di bibirnya. Ah, nak kenakan aku lah tu. “Desperately?” soalku sinis. Sengaja.
Cawan bersalut emas diletakkan di atas piring kecil terlebih dahulu sebelum kembali fokus pada aku. Usai itu, dia memandang aku pula. Memandang aku dengan riak yang sukar untuk diertikan. Anak mata ini ditenungnya. Dalam. “Yes.. Mummy paksa.”
“She said.. I’m getting old. Twenty five year old. But I don’t think so,” luahnya perlahan. Seolah-olah sedang melepaskan beban yang berat di dada. Aku sekadar mendengar – terangguk-angguk tanda mengerti. Lebih daripada mengerti. “Yep, she’s right. And.. maybe it’s the right time for you to build a marriage, Mister Rayyan.”
“Tapi saya tak ada calon..”
“Dalam vila ni ada banyak. Pilih aje,” cadangku telus. Jujur. Bik Sofi.. Bik Tania.. Bik Laila.. Hah, kan ramai tu? Banyak pilihan yang ada. Bukannya mereka tak cantik pun. Cantik! Lebih cantik daripada model-model yang berkeliaran di luar sana. “Can I?” soalnya kaget. Seakan-akan tidak percaya lagaknya.
Kening aku angkat penuh selamba. Hairan diri ini akan keraguannya. “Of course you can. Tak ada siapa nak halang, Encik Rayyan. Except.. your mother. Huh.”
“Okay then. I choose you, Bik. Will you?” Gulp. Kesat liur aku telan. Terbeliak biji mata aku buntangkan. Resah. Gelisah. Bibir bawah digigit perlahan sambil tercari-cari alasan. “Err.. Encik Rayyan.”
“Apa dia, Bik Nina?”
“Saya ni.. masih muda. Terlalu muda. Tak sesuai untuk Encik Rayyan.” Tenang aku menuturkannya meskipun kedengaran gagap. Rayyan tersenyum sinis memandangku. Kemudian, kembali memandang alam. “Awak tolak saya sebab.. our age gap atau.. sebab lain? Mmm.. yeah. I mean, don’t you like me?”
Don’t you like me? Ayat terakhir Rayyan itu kembali berputar di mindaku. Berkira-kira untuk aku memberikan jawapan. Entah kenapa bibir ini terlalu berat untuk menjawab. Sama ada malu, segan atau sebaliknya, aku sendiri tak tahu. Tak pasti. “Err.. no. I.. I like you. Yes, I like you.”
“Okay then? Tunggu apa lagi? Jomlah kahwin!” Rakus Rayyan mengajak. Segan aku dibuatnya. Ah, Rayyan. Ada sahaja nakalnya. Tak kira masa. “It’s.. too earlier, Encik Rayyan.”
“Mm.. I understand. But why don’t we start from the beginning? I mean.. uh. You know it right?”
“You mean?” Berkerut dahi aku meneliti maksud tersirat kata-katanya. Proses inhalation dan exhalation dilakukannya sebelum melontarkan kata. Bibirnya tersenyum tenang. “Let’s have a serious relationship. Starting from a monkey love to a..”
Sabar hati ini menanti kata-kata Rayyan yang seterusnya. Wajah tenangnya aku tatap seketika. Ingin mencari keikhlasan di sebalik wajah itu. Namun, dapatkah aku melihat keikhlasan itu? Sesungguhnya, keikhlasan itu datangnya dari hati bukannya dari wajah.
“Marriage.”
Marriage. Perkahwinan. Ikatan suci yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan. Itulah definisi perkahwinan yang aku belajar selama ini. Tapi cukupkah definisi ringkas itu menunjukkan erti perkahwinan yang sebenar?
Sudah. Pening kepala ini ingin memikirkannya. Aku terlalu muda dan terlalu bodoh untuk berbahas soal perkahwinan. Dengan ilmu agama yang masih cetek lagi. Dengan iman yang masih tidak teguh lagi. Layakkah aku untuk memasuki alam perkahwinan? Layakkah? Ah, tidak. Tidak sama sekali.
“Kita mampu merancang, Encik Rayyan. Tapi tak semestinya apa yang dirancang itu bakal menjadi kenyataan.”
“Maksud awak?” Polos Rayyan bertanya. Mungkin masih keliru akan kata-kataku sebentar tadi. Aku sekadar melemparkan senyuman. Ikhlas dan tenang. “Tak payah lah tunggu saya. Just.. go on. Yeah. That’s it. Belum tentu kita berjodoh.”
“Tapi.. saya yakin. You’re created just for me, Bik..” Aku senyum, memandangnya.
“Jangan terlalu yakin, Encik Rayyan. Jangan.” Tegas aku mengingatkan. Setegas wajahku kini. Lama dia terdiam di situ. Sedang berfikir agaknya.
***
Tiga tahun kemudian..
DEWAN Hotel Raja Chulan aku langkah masuk. Sesak. Dengan kunjungan ratusan tetamu.. Dengan kehadiran ahli-ahli korporat yang berjaya.. Bukan itu sahaja, jutawan Malaysia turut menunjukkan muka.
Ugh. Keadaan yang benar-benar aku tidak suka. Dikelilingi mereka yang tidak setaraf dengan aku. Namun, apatah daya? Demi si dia..
“Miss Nina Aulia?”
Pantas aku menoleh – memandang si empunya suara yang menyeru nama ini. Kelihatan seorang gadis muda sedang tersenyum memandangku. Cantik dan.. tinggi. Persis model Hollywood lagaknya. Senyuman separuh ikhlas itu aku balas ramah. “Ya, saya?”
“Your seat is here,” ucapnya sopan. Penuh hormat. Tempat duduk yang sudah siap tersedia ditunjukkan kepada aku. Lama aku memerhati tempat duduk itu. Terkedu. Wajah cantiknya kembali dipandang. Serius. “VVIP seat?”
“Yes..” Semakin lebar senyuman gadis itu. Malu aku dibuatnya. Namun, ditahan sahaja. Aku sekadar menurut.
Meletakkan clutch Ted Baker di atas meja bulat itu terlebih dahulu sebelum melabuhkan punggung. Terkial-kial gadis itu menarik kerusi untuk aku. Amboi.. terasa diri ini seperti VVIP pula. Eh tapi.. bukan ke aku memang VVIP sekarang ini?
“Kalau ada apa-apa masalah, just beritahu pada saya. Saya sedia membantu,” pesannya sebelum pamit. Pantas aku menghalangnya. Masih banyak lagi persoalan yang dipendam sedari tadi. “Err.. those empty seats tu, seats siapa ya?”
soalku sambil menunding jari ke arah beberapa tempat duduk yang jelas kosong di hadapanku. Hairan. Takkan aku seorang sahaja yang bertapa di second table of VVIP seats ini? Ish.. besar pangkat?
Berkerut seribu wajah gadis itu mendengar pertanyaanku. Mungkin sudah pening melayan kerenah aku yang pelbagai ini. Namun, sebaris senyuman masih terukir di bibirnya. Senyuman hormat. “Itu seats keluarga Megat, Cik Nina. Dan di sebelah Cik Nina ni pula.. seat Datin Maria.”
Gulp! Seat Datin Maria? Sebelah aku? Mati. “Ada apa-apa lagi pertanyaan, Cik Nina?”
“Ehem!” deham seseorang yang baru sahaja tiba di situ. Seorang wanita yang tampak anggun berkebaya ungu, bersama-sama tiga orang putera kacak yang tampak segak bertuksedo hitam. Tergamam aku melihat ketibaan mereka di situ. Pantas aku berdiri tegak sebagai tanda hormat.
“What’re you doing here?” soal Datin Maria garang. Tegas. Mata ambernya tidak lepas memandang diri ini. Atas bawah, atas bawah aku ditiliknya. Bersertakan riak tidak puas hati. “She said.. my seat is here,” Perlahan aku menjawab. Takut. Mata sudah tekun memandang lantai. Tidak sanggup menatap wajah singa itu.
Datin Maria mengalihkan pandangan – memandang gadis cantik yang berdiri tegak di tepiku pula. Tajam. “What the heck with you, girl?! She’s my maid and she should sit there – VIP seats (maid seats) instead of here!”
“Err I’m sorry, Datin. But.. Megat asked me to set her seat here. Erk, he said, she’s the important one,” tergagap-gagap gadis itu menjelaskan. Pasti gerun akan sikap Datin Maria yang sememangnya garang itu. Mengalahkan singa betina. “Err.. I’m off.” pamitnya. Laju sahaja kakinya menapak meninggalkan kami. Takut disoal siasat secara terus-terusan barangkali.
Aku kembali melabuhkan punggung tatkala majlis hendak bermula. Jelingan maut Datin Maria di sebelah langsung tidak aku hiraukan. Malas. “Nice dress, Bik Nina..” puji Megat Dayyat a.k.a Merlin yang sedang asyik memerhati pakaianku. Termangu-mangu aku mendengar pujiannya. Terkejut.
Megat Fayyad a.k.a Andrew Garfield di sebelahnya tampak tidak senang duduk. Tajam mata hazelnya menjelingku. Seolah-olah cemburu. Aku sekadar tunduk. “But my eyes said not, brother. It’s.. old-fashioned,” komennya tidak berlapik. Sinis. Dan.. selamba. Sakit pula hati ini mendengarnya.
“Kini, tibalah masanya untuk kita mendengar ucapan daripada Megat Rayyan Megat Jamal selaku CEO terbaru Mahkota Holding yang sedang diraikan. Dipersilakan, Megat..”
Bunyi tepukan tangan bergema kuat. Begitu juga dengan suara sorakan. Riuh sungguh. Namun, di sebalik keriuhan itu, dapat aku perhatikan kelibat si dia dari bawah pentas.
Segak. Bergaya. Kacak.
Terpaku diri ini tatkala terpandangkan penampilannya. Penampilan yang jauh berbeza daripada biasa – bertuksedo hitam, bersama-sama sekuntum ros merah di poket kot. Looks charming and.. elegant.
“Assalammualaikum semua. Terima kasih kerana sudi menghadirkan diri ke Majlis Watikah Perlantikan Jawatan CEO Mahkota Holding. Sejujurnya, kehadiran kalian semua bagaikan penyeri yang memberi tuah kepada majlis ini. Syukur Alhamdulillah.”
Penuh bersemangat Rayyan menyampaikan ucapan di hadapan. Almaklumlah, CEO baru. Tulang belakang syarikat. Contoh teladan seluruh karyawan. Harus menunjukkan semangat yang berkobar-kobar dalam diri agar dicontohi oleh para pekerja yang lain. Itulah namanya seorang pemimpin. Sentiasa dicontohi dan diteladani. Bukan setakat dikagumi ya, anak-anak.
“To Datin Maria Zainal Abidin, my dearest mummy, thanks for everything. She sacrificed a lot of things just to make me happy and blithe. She gave me supports and spirits when I was down.. She thought me to be tough, strong and success along the journey of this heartless life.. She spent her time by listening to my problems.. She calmed me down when I felt lost.. She told beautiful stories when I felt lonely.. She kissed my foreahead when I need love.. She widen her ears when I need someone to talk to.. And.. you know what. She is not only a mummy but.. she is also such a.. diary. A lovely diary.”
Bergenang air mata kini tatkala terdengarkan ucapan itu. Ucapan yang cukup menyentuh perasaan dan mengusik jiwa. Khas untuk seorang ibu yang melahirkan dan membesarkan seorang anak. Seorang ibu yang banyak berkorban nyawa demi membahagiakan si anak. Sesungguhnya, jasa seorang ibu tiada nilai. Tiada harga. Mahal.
Lama mata ini merenung anak mata amber itu. Tampak bersinar bak cahaya bulan. Namun, apa yang jelas di sebalik anak mata itu hanyalah.. Kebahagiaan. Bahagiamu, deritaku. Ah, deritakah aku?
Untuk seketika, mata kami bertaut. Kemas. Berdebar sakan hati ini. Berdegup kencang jantung kini. Bergetar hebat jiwa ini. Tidak keruan aku dibuatnya. Resah. Gelisah. Peluh sudah memercik dahi. Tatkala mata ini ingin melarikan pandangan..
“Keep in sight, Nina Aulia. Don’t turn.. Away.” Selamba Rayyan menegur. Ya, selamba! Langsung tidak mempedulikan para hadirin yang sedang fokus menyaksikan majlis itu. Semua mata sudah melirik padaku. Serentak. Bersertakan riak ‘kau siapa pada dia sebenarnya hah?!’ di wajah. Aku.. gugup di situ. Kaku.
Oh man.. Bala is coming!
***
“She is.. the one who always cheer me up, make my days beautiful than ever, burst my laughter all the time, create the sweetest smile on my lips and.. fill in my life with full of happiness. Since past three years ago, she became so important to me, really important. And yes, till now. She still be. The backbone of mine. Thank you, Nina Aulia. Thank you.. You’re everything to me; A friend, a maid, a sister, a worker, a foe, a lover, a buddy and probably.. a wife, maybe? Ha ha, one day. Amin!”
HATI bagaikan bergayut di awang-awangan. Berbunga-bunga bahagia. Mekar. Terasa seperti diri ini dihargai, disayangi, dicintai.. Namun, aku tahu – It is all temporary. Tidak kekal. Sementara. Sekadar pinjaman daripada Yang Maha Esa.
Entah kenapa kata-kata Rayyan sebentar tadi asyik berputar di minda ini. Kata-kata yang pernah aku temui di laman Instagramnya dahulu – caption of a picture. Dan kini, ia terngiang-ngiang kembali. Sedari tadi, sudah berjam-jam aku duduk termenung di sini – di taman mini Vila Idaman. Melayan perasaan sambil menghirup angin malam.. Menatap langit kelam.. Mengintai keindahan alam.. Oh tuhan.. segala-galanya tampak indah di mata ini. Tiada cacat cela..
“Assalammualaikum..” Satu suara yang memberi salam mengejutkan aku daripada mimpi indah. Kuat aku tersentak. Terkejut. Bermacam-macam bendasudah aku bayangkan di minda ini – toyol, pocong, puntianak. Err, negative thinking? Memang. Tapi.. tidak mustahil. Lagipula, jam sudah menginjak pukul dua pagi. Masa yang paling tepat untuk makhluk-makhluk seperti ini berkeliaran. Ah, stop it Nina. Stop it.
“Wa.. alaikumussalam,” perlahan aku menjawab. Tergagap-gagap pun ada juga. Takut. Kepala masih tidak berani untuk menoleh. “Saya ganggu awak ke, Bik?”
Gulp! Suara itu. Suara yang seringkali aku dengar saban hari, saban waktu. Suara yang asyik mengucapkan kata-kata manis this lately. Gosh, it’s him. Probably. Calm down, Nina. Calm down.
Pantas aku menoleh – memandang tubuh sasa yang sedang tegak berdiri itu. Tinggi. Serupa hantu galah. Ops. “Err.. Encik Rayyan. Encik Rayyan buat apa kat sini?” Tenang aku bertanya. Mata masih tidak lepas memandangnya, sambil menilik penampilannya – still in tuxedo. Aik, baru balik ke?
“Why are you still calling me Encik?” Soalan dibalas soalan. Bagus. Aku menghela nafas panjang. Cukup berat untuk menjawab pertanyaan itu namun, digagahkan jua. “Cuz you called me Bik.”
“Okay then, Nina. I call you Nina. So, will you call me Rayyan?” Ah, lembut sahaja suaranya bergema. Terbuai pula hati ini mendengarnya. Aku senyum. Hormat. “It‘s not proper.”
“No.. it’s proper, Nina. More than proper.” Terdiam aku terdengarkan kata-katanya. Bisu. Dia cuba menghampiriku, mendekatiku. Setapak demi setapak, dia melangkah ke hadapan. Sambil merenung tajam ke arah anak mataku.. Gugup aku melihat perilakunya. Ah, sudah.. Hati kembali resah. Gelisah. Tak senang aku berdiri.
Tika jarak antara kami bersamaan kosong perpuluhan dua meter, jantung sudah berdegup kencang. Sekencang angin taufan yang menyerang bumi. Kuat. Bagaikan mahu pecah dan terkeluar dari badan. Sedaya upaya aku cuba menahan diri – mengawal detak jantung agar kembali normal. Kembali optimum. Manakala, kepala pula masih pegun menghadap lantai. Tunduk.
“It’s been three years, Nina. Three years. Waiting for you with numerous patience.. forbearance. Tiring much. But.. I still do. Do wait for you,” ucapnya lembut dan tenang. Setenang wajahnya kini, mungkin. Namun, gelora di hatinya kini, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Sakit yang ditanggungnya selama ini, juga hanya Dia yang tahu. “Ray.. Rayyan. Saya tak boleh….”
“Tak boleh apa, Nina? Tak boleh terima saya? Tak boleh balas perasaan saya?” Laju dia memotong. Memandangku tajam, setajam belati yang menusuk hatinya kini. Aku.. tak mampu membalas pandangan itu. Gementar. Bibir pula beku untuk membalas. Diam, itu sahaja yang aku mampu. “I know it’s too hard for you, Bik. But..”
Sekuntum ros merah yang terletak cantik di poket kot dicapainya. Lalu, dihulurkan kepadaku. Lama. Terpaku aku melihat hulurannya itu. Terkedu. Aku cuba angkat muka – memandang dalam anak mata ambernya. Jernih. Dan.. bersinar. Kian sesak dada kini.
Rayyan sekadar tersenyum, memandangku. Sayu, dan penuh.. Harapan. “Please take this rose and..” Penuh debaran aku menanti ayat yang seterusnya. Nervous.
And.. what?
Get lost?
Get a life?
Get out from here?
Ah, sudah. Melalut fikiranku kini. “Marry me.”
Huh? Marry him?
***
HARI ini. Hari yang bakal aku kenang sampai mati. Hari yang mana.. aku dicaci. Dimaki. Dihina. Difitnah. Dan dibenci. Hari ini.. hari yang paling pahit yang pernah aku lalui sepanjang hidup ini. Dan hari ini.. bakal menjadi sejarah yang sudah termaktub dalam kamus hidup aku, Nina Aulia Mohd Noor.
Beberapa jam yang lalu..
“Apa ni?!” Sebungkus tepung dilemparkan ke wajahku. Terkejut beruk diri ini akan perbuatan Datin Maria itu. Tajam mata ini memandangnya. Merenungnya. “What’s up, Datin?” Selamba aku menyoal. Langsung tiada riak serba salah di wajah ini. Bengang.
Tersenyum wanita vogue itu mendengar pertanyaanku. Sinis. Kemudian, wajahnya kembali tegang. Garang. Lebih garang daripada wajah yang pernah ditayangnya selama ini. “Kau bawa masuk sampah ke dalam rumah aku, and then you asked me ‘what’s up’?! Do you think I’m that stupid, rubbish maid?!?!”
Gulp.
Rubbish maid?
Bagaikan disiat-siat.. dikopek-kopek.. dibelah-belah hati ini tatkala terdengarkan ayat terakhir Datin Maria itu. Sakit.. Perit.. Pedih.. Sehinggakan aku tak mampu untuk menahan air mata yang kian deras dan laju sedari tadi. Namun, hati masih cekal dan kuat untuk mempertahankan diri walau luka yang dipalit kian parah. Dan berdarah.
Air mata yang kian mengalir aku seka. Kasar. Mata yang semakin merah ini kembali merenungnya. Deep. “Apa salah saya kali ni Datin.. sampaikan Datin sanggup gelar saya macam tu sekali? What I’ve done to you this time?” Lemah aku bertanya. Sudah tidak larat untuk berperang mulut seperti selalu namun, digagahkan jua. Tidak sanggup dituduh dan difitnah untuk kali yang kedua.
“Haha!” Datin Maria ketawa sinis. Seolah-olah mengejekku as a loser. Geram hati ini melihatnya.“ You’re so funny, Nina. So.. funny.”
Kali ini dia membaling bungkusan tepung yang lain pula. Tepat ke arahku. Sakit. Menggeletar tubuh ini menahan kesakitan. Namun, tidak pula aku berundur atau bergerak. Sedikit pun tidak. Sekadar berdiri tegak, tunduk. Seolah-olah pasrah dan merelakan perbuatannya.
“Mummy, stop! What’re you trying to do?!” jerit Rayyan yang baru sahaja tiba. Abang-abangnya, Mak Umi dan bibik-bibik yang lain turut ada bersama. Sedaya upaya mereka menghalang perbuatan Datin Maria yang jelas gila. Terpekik terlolong Datin Maria tatkala mereka cuba menghalangnya. Mata ambernya masih setia merenungku. Tajam.
“Perempuan ni.. dia bawa masuk sampah kat dalam rumah ni!!!” teriaknya kuat. Gugup aku melihatnya. Seram. Rayyan di sisi sudah tercengang – tidak faham akan kata-kata si mummy. Sekilas wajah kami berdua dipandangnya satu per satu. Wajah Datin Maria yang jelas bengang dan wajah aku yang masih terpinga-pinga.
“What’s actually going on? I don’t even understand. Could you explain?” soal Megat Fayyad setelah lama mendiamkan diri. Megat Dayyat di sebelahnya turut mengangguk. Mengiakan. “Yes, please explain,” sokongnya.
Datin Maria tersenyum sinis, seraya menggeleng. Laju. “No need to explain, my dearest Megat. Semuanya dah jelas yang perempuan ni bawa masuk sampah ke dalam rumah kita. And all of these.. are hers.”
Berbungkus-bungkus tepung yang mengelilingi mereka ditunjukkan satu per satu. Terangkat kening Megat-Megat tatkala melihat bungkusan itu. Datin Maria mencapai beberapa bungkusan tersebut, lalu diberikan kepada mereka satu per satu. Menyuruh mereka untuk memeriksa barangkali. “Fyi, I found these shits in her room. So it’s proven.”
Aku tergamam di situ. Tercengang. Tidak percaya benda-benda pelik seperti itu boleh ada di bilikku. Err.. siapa punya? Aku ke? Kening yang tidak gatal aku garu perlahan. Keliru.
“Apa ni Nina?” Perlahan Rayyan bersuara setelah sekian lama membisu. Dia memandangku, lama. Seakan-akan ingin meminta penjelasan. Serba salah aku jadinya. “Saya tak tahu benda tu siapa punya, datang dari mana.. Saya tak tahu. Saya memang tak tahu. Sumpah.”
Jujur aku menjelaskan. Anak mata sudah berair menahan sebak. Sedih. Sedih kerana benda seperti ini boleh menimpa diri ini. Rayyan tersenyum sinis memandangku. Sayu. Merah dan berair mata ambernya tatkala mata kami bersatu. Terkedu aku melihatnya.
“Kalau benda ni bukan milik awak.. habistu milik siapa? Milik saya? Atau.. milik mummy saya?”
Gulp. Kesat liur aku telan. Pahit. Tidak sangka Rayyan sanggup berkata seperti itu. Menuduh aku secara melulu. Tidak sangka. Patah hati ini gara-gara sikapnya, kelakuannya, kata-katanya. Kecewa. “Awak.. tak percayakan saya?” Lemah suara ini bertanya. Sangat lemah. Namun, diri ini masih kuat untuk menentangnya.
“Macam mana saya nak percayakan awak kalau bukti dah jelas depan mata?” Sakit. Sakit hati ini diragui sebegitu. Ngilu. Apatah lagi diragui oleh si dia yang begitu aku harapkan selama ini. Si dia yang aku sayang.. aku cinta.. Sepenuh hati. Setengah mati.
“So that, I can protect you.. defend you.. from any.. threat?”
Berlayar kata-kata manis itu di minda kini. Kata-kata yang digambarkan sebagai sebuah janji. Dan kini.. ia terbukti. Janji tinggal janji. Segalanya hanya palsu semata-mata.
“Hoi perempuan! Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?!” tengking Datin Maria. Kuat. Tersentak aku dikerjakannya. Pantas aku melarikan pandangan daripada anak mata Rayyan. Kemudian kembali memandang mummynya. “A.. apa dia Datin?” soalku gugup. Takut.
“You’re fired! So please get out from here!”
Aku.. aku dipecat? Terkejut beruk diri ini mendengar kata-katanya. Tak sangka. Wajah Rayyan aku pandang. Tampak keliru dan buntu. Mungkin tidak tahu harus menyebelahi siapa. Tapi.. mungkinkah dia menyebelahi aku sedangkan fitnah yang ditimpaku begitu mudah dipercayainya?
Aku cuba mendekatinya, menghampirinya. Selamba. Langsung tidak memikirkan respon yang bakal diterima. Teragak-agak kepala ini aku dongakkan. Memandangnya. Dalam.
“Rayyan.. please. Please tell your mum that they’re not mine.. And please defend me, Rayyan. Please… Saya merayu pada awak….” Tersedu-sedan aku memohon pertolongan daripadanya. Memohon agar dia mempertahankanku seperti yang dijanjikan dahulu. Namun, hampa. Dia sekadar mendiamkan diri dan..
Meninggalkan aku di situ. Langsung tidak rasa serba-salah. Lama aku memerhatikan tindakannya sehinggalah.. bayangannya lesap begitu sahaja. Hilang. Bagai asap yang lari dan berkumpul di udara. Dan pada masa yang sama, hati ini terasa kehilangan. Sakit. Perit.
Lutut kian longlai. Terasa seperti skrunya tercabut atau tertanggal. Terduduk aku di situ untuk seketika bersama-sama air mata yang deras. Tubuhku terpegun. Kaku. Masih tidak dapat menerima akan apa yang sedang berlaku.
“Stop crying, bitch. Go.. pack up your things and get out from here. Now.” ucap Datin Maria sebelum melangkah pergi. Anak-anaknya hanya menurut sama. Begitu juga dengan para pekerjanya. Meninggalkan aku sendirian di situ. Membiarkan aku melalak dan menangis semahu-mahunya.
“Ya Allah.. Kau kuatkanlah imanku. Kau cekalkanlah hatiku.. Dan Kau permudahkanlah urusanku…” perlahan aku berdoa kepada-Nya. Meluahkan segala malapetaka kepada si Maha Pencipta.
***
“Sofi kecewa dengan Nina.. Sofi tak sangka Nina sanggup ambil benda haram tu.”
“Mak Umi ingat, Nina ni baik orangnya. Tapi Mak Umi silap.”
“Nampak je baik. Polos. Tapi kenyataannya, macam bangkai. Huh!”
BERGEMA kuat ucapan perpisahan yang aku peroleh sebentar tadi, di pendengaran. Sedih. Sebak. Tidak sangka mereka turut mempercayai fitnah yang jelas karut itu. Ya, karut! Kononnya aku ambil ganja, hisap ganja, simpan ganja. Ah, merepek. Melalut. Langsung tak logik. Masakan perempuan naif lagi polos seperti aku bisa dituduh gian?
Pipi yang basah dek air mata aku lap dengan sapu tangan. Tersenyum manis aku menghadap cermin. Tampak ceria dan bahagia, meskipun mata sudah merah menyala. Namun, apa yang tersorok di segenap hati kini, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Hanya Dia. Bukan Rayyan. Bukan sesiapa.
Rayyan.
Air mata kembali mengalir tatkala nama itu terlintas. Nama yang sudah aku padam dari kamus hidupku kini. Dan.. mulai detik ini, tiada lagi insan yang aku kenal bernama Rayyan. Melainkan Rayyan (Ryan) Giggs. Coach pasukan bolasepak Manchester United.
Beg roda yang jelas berat aku tarik perlahan. Dibawa keluar dari bilikku sebelum melintasi dapur. Usai itu, aku bergerak ke ruang tamu pula. Memerhati segenap ruang yang tampak kosong itu. Sekosong perasaanku kini. Namun, tatkala mata ini terlekat pada sebuah sofa, perasaan mula berkecamuk. Bercampur baur.
“Tay.. Taylor Lautner?”
“Ha ha, am I? But I’m Rayyan. Megat Rayyan, as mummy said just now.”
“Hah?”
“Feel sorry to say this, but I think your ears got problem. Mmm.. I’m Rayyan, awak dengar tak?”
Sebaris senyuman terukir di bibir tika peristiwa itu bermain di minda. Peristiwa sewaktu aku bersua muka dan berkenalan dengannya buat kali pertama. Dan ketika itu.. hati sekadar berbunga-bunga. Bahagia. Tidak menderita seperti sekarang.
Pintu utama aku buka, perlahan. Meloloskan diri dari dalam, sebelum menutupnya kembali. Mata aku pejam. Rapat. Seolah-olah berat. Berat untuk meninggalkan rumah yang banyak menyimpan kenangan ini.
Tiga tahun.. Tiga tahun aku menetap di sini, membesar di sini, menyara di sini, menangis di sini. Segala-galanya di sini. Tapi kini, tidak lagi. Aku harus pergi dan mulakan hidup yang baru. Berdikari. Mungkin.. takdirku bukanlah di sini tuk selamanya.
Selang beberapa minit kemudian, barulah aku tiba di bus-stop. Satu-satunya bus-stop yang paling dekat dengan Vila Idaman. Jaraknya hanya beberapa meter sahaja. Tak sampai sekilometer.
Beg roda yang sememangnya berat dan sarat aku letakkan elok di tepi. Ingin melepaskan penat dan lelah yang menguasai diri. Namun, minda ini masih berasak-asak memikirkan destinasi yang sewajarnya aku pergi. Destinasi untuk aku berteduh hari ini. Hmm.. hotel? Tepi jalan? Tepi lorong?
Sigh.
Punggung aku labuhkan untuk seketika. Sementara ingin menunggu kemunculan Pak Cik Teksi. Hmm.. entah ada teksi ke tidak ni. Nampak lengang sahaja. Yang ada hanyalah kereta-kereta mewah yang lalu-lalang. Haih, masak aku begini!
Telefon bimbit jenama Nokia aku seluk dari poket jeans. Mencari-cari nama Pak Cik Teksi yang pernah aku simpan beberapa tahun yang lalu. Banyak. Ada sembilan nama Pak Cik Teksi keseluruhannya. Tanpa melengah-lengahkan masa, nombor Pak Cik Teksi aku dail. Pak Cik Hamdan. Pak Cik Teksi pertama yang pernah berkhidmat untukku.
“Assalammualaikum..” Kedengaran ada suara yang mengucapkan salam. Suara yang.. tidak asing di pendengaran ini. Dan suara itu.. sememangnya aku kenal. Cukup kenal. Tapi takkanlah itu suara..
Ah, tak mungkin lah. Mustahil. Aku salah dengar agaknya ni, sangkalku. Malas mahu berharap.
“Nina..”
***
Lapan bulan kemudian..
“COFFEE, sir.”
“Thank you..” Segaris senyuman dikuntumkan buat pelayan itu. Ramah. “If there’s anything else, just make an order.”
“Sure,” balasnya perlahan. Masih tersenyum seperti tadi. Pandangannya kini dialihkan – memandang gambar-gambar manis yang pernah diuploadnya di laman Instagram dahulu. Gambar dia dan Nina. Nina Aulia. Si bibik yang pernah mencuri hatinya dahulu. Dan kini.. masih. Masih lagi dicurinya.
Senyuman kian mekar tatkala terkenangkan memori-memori yang ditinggalkan di sebalik gambar. Kata Yuna, setiap gambar ada lagunya. Tapi kata Megat Rayyan, setiap gambar ada kisahnya, kenangannya. Kenangan yang tidak mungkin mampu untuk dilupakan, sampai bila-bila.
Kopi yang dipesannya sebentar tadi dihirup seketika. Coffee Beans. Kopi yang sering dibancuh oleh Nina dulu khas untuknya. Tatkala diri ini teringatkan Nina, rindukan Nina, pasti Coffee Beans bakal dipilih, meskipun rasanya tidak sama. Langsung tidak.
“Ops, sorry. Tak sengaja. Cik okey?”
“Tak apa, tak apa. Saya okey.”
Suara itu. Macam kenal. Macam suara..
Pantas Rayyan menoleh. Memandang si jejaka dan si gadis yang sedang sibuk memungut buku-buku yang berteraburan di atas lantai. Lama. Dan.. tika mata ambernya melekat pada wajah gadis itu, dia pantas bangun. Bangkit. Setapak demi setapak gadis itu dihampirinya, dipaut lengannya. Akibat rasa terkejut yang amat, lantas gadis itu menoleh. Mendongak. Dan memandangnya. Serentak itu juga, mata mereka bertaut. Kemas.
“Ni.. nina?”
***
-TAMAT-

Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar