Selasa, 25 November 2014

Cerpen - Jadi yang Halal

Oleh:: Ainfatin

“AKAK.” Sapa Haikal kemudian mengambil tempat dihadapan Husna.
“Ya?” Terkebil-kebil Husna melihat Haikal dihadapan mata. Tadinya dia sedang enak termenung tanpa menghiraukan orang sekeliling. Laptop dihadapan ditutup lalu terus menatap muka Haikal. Sudah tiada hati mahu mengadap laptop.
“Ada apa?’. Tanyanya.
Tersengih-sengih Haikal dihadapan Husna. Pelik pula budak sorang ni. Malas mahu menghiraukan budak sorang ni, Husna menebarkan pandangan ke sekeliling. Tidak perasan akan keadaan sekeliling kerana asyik sangat termenung.Dilihatnya meja-meja yang tadinya masih banyak kosong hampir dipenuhi keseluruhannya.
“Sebenarnya nak minta akak tolong kat dapur . Hehehe. Ramai pelanggan la kak hari ni. Tak terlayan orang-orang kat dapur tu..” Luah Haikal . Takut juga dia nak cakap, maklumlah bos di restorann ini ialah Husna. Takut dianggap mengarah bos sendiri pula.
“Kenapa tak cakap awal-awal, takdelah akak duk termenung je dekat sini. Ada juga kerja akak nak buat. Lain kali kalau nak akak tolong cakap je.” Arah Husna pada anak buahnya, Haikal.
“Sorry lah kak , ramai pulak pelanggan hari ni . Abang Man pulak cuti. Lagilah sibuk sibuk dapur tu. Chef sorang je.” Balas Haikal .
“Iyalah, akak pun tak kisahlah. Inikan restoran akak juga. Kamu pergilah dulu masuk dapur, nanti akak menyusul. Nak simpan laptop jap dalam pejabat.” Kata Husna sambil mengemas meja yang didudukinya semenjak pagi tadi. Sekarang dah masuk tengah hari. Waktu makan. Haruslah ramai orang datang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
HAZIM ralit memerhatikan seorang gadis sedang yang sedang asyik termenung.dihadapan laptop di meja hujung. Rasa macam sudah jatuh hati saja Hazim pada gadis itu apabila melihatkan raup wajahnya sangat lembut .
Teman-teman yang melihat perbuatan Hazim lantas berdehem beramai-ramai. “Ehem-ehemm…” Hazim yang tersenyum sendiri tersentap mendengarkan deheman berjemaah itu lantas tertunduk-tunduk kerana malu perbuatannya ketahuan rakan-rakannya.
“Jangan ditenung anak dara orang tuh Hazim! Tahulah orangnya cantik.” Kata Ilham . Salah seorang dari teman Hazim.
“Kalau berkenang, pinang saja Zim !” Sampuk yang lainnya.
“Mana ada. Aku terpandang je tadi.” Kata Hazim hendak menutup malusendiri. “Dah siap belum makannya? Lambatlah korang nih. Aku dah siap dari tadi! Tambah Hazim, mahu segera menutup perbuatannya yang ketahuan tadi.
“Kita orang dah lama sudah. Dan dah lama juga tengok ko duk mengendap tadi. Hahaha.” Balas Amirul . Teman Hazim juga.
“Dah-dah lah tu. Jom balik.” Ajak Luqman. Kesian pula dia tengok Hazim diusik yang lain.
“Betul tuh Luq. Jom balik.” Tambah Hazim. Ada juga yang mahu menolongnya lepas dari menjadi mangsa usikan. Lantas mereka mereka berempat beredar dari restoran itu. Sempat Hazim menoleh mahu menatap wajah gadis itu sebelum pergi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
HARI ini Husna berjaga dikaunter saja. Hal-hal lain direstorannya ini diuruskan pekerja-pekerjanya . Sudah lebih setahun dia membuka restoran ini. Restoran yang dinamakan Restoran Resepi Ummi kerana semua hidangan direstorannya ini menggunakan banyak resepi dari umminya , Puan Sofea.
Husna melihat pekerja-pekerjanyamenjalankan tugas masing-masing. Semuanya pekerja sudah dianggap macam satu keluarga jadi dia tidak kisah untuk menyerahkan hal-hal berkaitan restoran pada mereka kerana mereka sudah menjadi orang kepercayaannya.Dia cuma akan jadi pemerhati saja, kadang-kadang saja dia akan turut serta bekerja, itupun kalau diperlukan saja.
Restoran ini pun dah jadi macam pejabat sahaja buat Husna kerana dia turut menguruskan kedai dalam taliannya disini. Dia menjual pelbagai barangan secara ‘online’ . Jadi disambil menguruskan restoran dia turut menguruskan kedai ‘online’nya disitu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
HAZIM meneguk minuman yang dipesannya sambil matanya ralit memerhatikan gadis itu lagi. Hari ini dia datang lagi tapi seorang diri sahaja . Kalau datang beramai-ramai macam semalam, pasti dia akan jadi mangsa usikan lagi.
Memang dia datang kesini hari ini untuk melihat gadis itu lagi. Dia tahu mengendap anak orang itu salah tapi Hazim merasakan dia benar-benar jatuh hati dengan gadis itu. Sebenarnya sudah beberapa kali dia kesini sebelum ni. Sudah lama diusyarnya gadis itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MALAM itu Husna orang yang terakhir meninggalkan restoran. Selepas mengunci pintu utama restoran , dia lantas berjalan menju ke kereta yang diparkir dihadapan restoran. Kedai-kedai berhampiran semua sudah gelap-gelita. Mungkin kerana dia pulang agak lewat. Tadinya dia mengemaskini akaun restoran untuk bulan ini .
Ketika sedang berjalan tiba-tiba Husna merasakan ada benda tajam diacukan kepinggangnya dari belakang. Tidak berani dia untuk menoleh ke belakang. Bagaikan ada aura panas dibelakangnya.
“Jangan berani buat apa-apa.” Tiba-tiba kedengan suara kasar dari belakang. Husna rasa nak pitam. Pertama kali melalui detik-detik cemas macam ni. Selalunya selamat sahaja tempat ini dia rasakan jadi dia tidak menduga kejadian sebegini akan menimpanya.
“Serahkan kunci kereta kau!” Arah lelaki itu. Husna merasakan lelaki dibelakangnya berbadan sasa. Tidak berani dia untuk melawan. Nanti lain pula jadinya. Lambat-lambat dia mahu menyerahkan kunci keretanya pada lelaki itu. Dia juga masih belum berani untuk menoleh untuk melihat wajah lelaki itu.
“Hoii..!!” Terdengarkan sergahan itu, lelaki yang yang cuba merompak Husna terkejut. Husna mengambil kesempatan untuk menjauhkan diri dari lelaki itu. Dia lantas berlari menuju ke keretanya. Berdiri ditepi pintu kereta. Kalau keadaan bertambah teruk, boleh dia lari saja.
Lelaki yang menyergah tadi menghampiri perompak itu. “Lebih baik pergi!” Arah lelaki itu kepada perompak yang masih belum mahu mengalah.
“Kau tu yang perlu blah!” Balas perompak itu lalu cuba menyerang lelaki itu dengan pisau ditangannya. Belum sempat dia mengapa-apakan lelaki itu, dia yang terlebih dahulu jatuh terduduk ditendang lelaki itu. Perompak itu tidak berpuas hati lantas bangun dan mengacukan pisau pada lelaki itu. Husna lihat lelaki itu menahan serangan itu dengan tangannya. Berdarah. Lelaki tidak menghiraukan lukanya itu malah dia terus membelasah perompakitu. Bertubi-tubi dia melepaskan tumbukan.
Perompak itu terus melarikan diri setelah merasakan dia tidak terlawan dengan lelaki itu.
“Awak tak apa-apa?” Tegur Husna pada lelaki itu yang tertunduk melihat luka di tangannya. ‘Besar juga lukanya.’ Bisik Husna dalam hati. Jatuh kesian dia pada lelaki itu . ‘Dia pula yang luka sebab nak tolong aku.’
“Saya okey, jangan risau. Awak pergi la balik, dah lewat ni.” Balas lelaki itu.
“Tapi tangan awak luka, biarlah saya bawa awak ke klinik.” Pelawa Husna. Orang dah berbudi tak akan nak dibiar macam tu saja.
“Tak apa, saya boleh uruskan sendiri. Lagipun sikit je lukanya. Awak baliklah.” Kata lelaki itu. Tegas.
“Emm, baiklah. Terima kasih banyak-banyak tolong saya” Jawab Husna lantas membuka pintuk kereta bila lelaki itu mahu bergerak pergi. “Kejap.” Pintas Husna. Mematikan langkah lelaki itu. “Nama awak?” Tanya Husna ,ingin tahu.
“Hazim.” Jawab lelaki itu lalu meneruskan langkah meninggal Husna.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“AKAK okeykah?”. Pertanyaan itu menyentap lamunan Husna. Ditatapnya dua lelaki yang mengambil tempat dihadapannya. Haikal dan Taufiq. Pekerjsnya merangkap adik-adik angkatnya.
Dengusan dilepaskan Husna.
“Semalam akak hampir-hampir nak kena rompak.” Husna membuka bicara.
“Hahh…!!!” Terkejut kedua-duanya. “Akak tak apa-apa?” Tanya mereka lagi. Risau akan kakak kesayangan mereka itu.
“Akak baik-baik saja. Nasib baik ada orang tolong akak ..kalau tidak , taktaulah apa nasib akak. Tapi orang tu pula yang cedera sebab nak tolong akak.” Cerita Husna.
“Nasib baik akak ok.”Luah Taufiq kelegaan. “Siapa yang tolong akak tu?” Tambahnya.
“Entahlah, akak tak kenal pulak.” Jawab Husna lantas kembali teringat akan lelaki yang menolongnya semalam. ‘Wajah itu akan aku ingat sampai bila-bila.’ Bicara hati Husna.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BALUTAN luka ditangannya ditenung. Teringat kembali kejadian semalam. Nasib baik dia ada disitu. Memerhati gadisnya. Ya gadisnya. Gadis yang dia cinta biarpun dia sendiri belum kenal rapat dengan gadis. Dia betul-betul jatuh cinta pandang pertama dengan gadis itu. Hazim mengeluh. Dia sudah tahu nama gadis itu Husna, itupun dia tahu dari pelayan di restoran disitu. Tapi dia masih belum berani mahu berdepan dengannya.
Esok, dia akan pergi bertugas selama tiga bulan. Kerana itulah semalam seharian dia menjadi bayang-bayang Husna. Ingin menatap gadisnya sebelum dia pergi bertugas. Mahu menyimpan wajah gadis itu dalam hatinya, tidaklah nanti dia rindu-rinduan.Tidaklah nanti wajah itu luput dari ingatan.
“Termenung nampak bro.” Sapa Ilham. Kawan Hazim yang palin rapat berbanding yang lainnya.
“Takdelah.” Bidas Hazim.
“Aku tahu kau kah bro. Kau fikirkan perempuan itu kan.” Tempelak Ilham. Tahu sangat dia dengan Hazim.
“Heeee…” Sengih Hazim. Tidak boleh dia kalau nak berahsia dengan Ilham, sahabat dunia dan akhiratnya.
“Kau pinanglah dia. Jadikan isteri. Itu lebih baik.” Cadang Ilham. Itulah yang sebaiknya. Lagipun dia taknak sahabatnya lalai dalam bercinta. Menikah itu lebih baik.
“InshaALLAH, aku pun fikir macam itu. Taknaklah rak-rak bercinta tapi tak kemana.” Bicara Hazim. “Cinta lepas nikah lagi elok.” Tambahnya lalu tersengih-sengih.
“Cakap saja tak guna. Perlaksanaan itu penting!” Ilham memberikan galakan.
“Aku fikir lepas balik dari tugas nanti aku akan pinang dia.” Balas Hazim. Dalam fikirannya sudah terencana semuanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
3 BULAN KEMUDIAN
“ADA orang masuk meminang Husna.” Kata Puan Sofea ditalian selepas selesai bertanya khabar. “Mahu terimakah?”
Terkejut Husna menerima perkhabaran itu. Setahu dia, dia tidak bercinta dengan siapa-siapa pun sehinggakan memungkinkan orang untuk meminangnya. “Betulkah ummi?” Soal Husna inginkan kepastian. Mungkin dia salah pendengaran.
“Betullah. Petang tadi rombongannya datang. Orang tu cakap anaknya sudah lama berkenan dengan Na.” Puan Sofea berdiam seketika kemudian menyambung. “Orang tu juga cakap anaknya dah lama kenal dengan kamu.”
“Siapa ummi , Na mane ada kekasih pum dan Na tak kenal mana-mana lelaki pun sekarang.” Jeda Husna pelik. Otaknya bekerja keras memikirkan lelaki-lelaki yang mungkin menghantar lamaran kepadanya. Tiada. ‘Takkanlah lelaki itu. Tak mungkin! Kenal pun tidak’
Puan Sofea yang berada ditalian menyambung bicara “Nama anaknya Hafiz Adi. Katanya lagi teman seuniversiti dengan kamu dulu”
“Hafiz Adi???” Soal Husna terkejut. Bagaimana mungkin!
“Kamu kenal?” Tanya Puan Sofea kembali. Terdengar suara terkejut anaknya itu.
“Kenal ummi, kawan masa dekat u dulu. Tapi dah lama tak berhubung pun, tu yang terkejut. Tiba-tiba je masuk meminang. Lagipun Na bukan rapat sangat pun dengan dia.” Jelas Husna panjang lebar. “Diorang ada cakap apa-apa lagi ke ummi?” Tanya Husna. Masih berasa denga berita peminangan ini.
“Rasanya tak ada apa-apa dah. Mereka bagi dua minggu untuk kita bagi jawapan.”Jelas Puan Sofea. Sebenarnya dia sendiri terkejut. Tak ada angin , tak ada ribut tiba-tiba terpacak rombongan meminang dihadapan rumahnya petang tadi. “Ummi serahkan saja keputusanya ditangan kamu , Abah pum sama.” Sambungnya lagi.
“Nantilah Na fikir ye ummi.” Balas Husna lantas memutuskan talian selepas berbalas salam.
‘HAFIZ ADI’. Sebaris nama yang ingin dia lupa. Sungguh dia benci dengan lelaki itu. Kerana lelaki itulah, persahabatannya dengan Ain musnah. Persahabatan yang telah terbinanya hampir 10 tahun putus hanya kerana keangkuhan lelaki itu.
Husna teringatkan peristiwa diuniversiti dahulu. Dimana persahabatannya dengan Ain diuji dengan kehadiran Hafiz. Mereka berdua menjadi rapat dengan Hafiz kerana selalu sahaja menjadi satu kumpulan dalam apa-apa assigment.
Husna mengakui dia turut menyimpan perasaan kepada Hafiz pada mulanya tapi perasaan itu telah dia kuburkan apabila Ain sering berbicara soal Hafiz. Lewat Husna, Ain mencurahkan perasaan cintanya pada Hafiz. Dan sebagai sahabat, Husna redha.
Namun persahabatan itu berantakan juga akhirnya apabila Hafiz menolak luahan cinta Ain padanya. Betapa kecewanya Ain malah kekecewaannya bertambah apabila Hafiz membuat pengakuan yang dia mencintai Husna. Dan dengan angkuhnya juga dia memberitahu Ain bahawa Husna turut mencintainya.
Lantas Ain menyalahkan Husna diatas kegagalan cerita cintanya lalu dia pergi membawa diri, membawa sekali kecewa cinta yang ditanggungnya. Dan lelaki itu hanya berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Dan kerana itu, dia bencikan Hafiz Adi! Betapa kecewanya hati Ain, begitulah jua hancurnya hati Husna menangisi persahabatannya dengan Ain.
Husna menyeka air mata yang mengalir kembali kerana peristiwa itu. ‘Ain..aku rindukan kau..’ Bisik Husna
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TERMASUK hari ini ,sudah beberapa hati Husna mengambil keputusan untuk tidak mahu ke restoran. Dia mahu berehat dirumah saja. Memikirkan lamaran Hafiz Adi dan turut memikirkan ‘dia’. Sebenarnya dia lebih memikirkan tentang ‘dia’ berbanding berbanding memikirkan peminangan Hafiz Adi kerana dia merasakan cintanya untuk Hafiz Adi telah mati bersama runtuhnya persahatannya dengan Ain.
‘Dia’ ! Entah kenapa wajah ‘dia’ yang sering melintas dia akalnya lewat tiga bulan kebelakangan ini. Walaupun hanya pernah bersua sekali dan itupun hanya tahu nama sahaja.
Husna merasakan dirinya sudah jatuh cinta pada ‘dia’ yang pernah menolongnya dulu. Walau hanya sekali ! Tapi wajah itu lekakt di fikirannya.
Lamunan Husna terhenti apabila dentingan loceng memecahkan kesunyian apartmentnya. Husna pantas mencapai tudung lalu bangun menuju pintu utama. Saat pintu dibuka , Husna terkejut sehingga buntang matanya apabila melihat ‘dia’ dihadapannya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
HAZIM mengemas apartment yang baru didudukinya itu. Sudah beberapa hari dia pulang dari menjalankan tugasnya sebagai seorang tentera. Dia telah dihantar ke Yaman dalam misi pengaman Malaysia. Dan hari ini dia memasuki rumah baru kerana sebelu ini dia hanya ‘menumpang di rumah Ilham. Tetapi memandangkan Ilham akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi terpaksalah dia angkat kaki. Lagipun dia juga mahu menamatkan zaman bujangnya juga nanti. Hehehe.
Tapi bila memikirkan rancangannya itu, dia jadi pusing kepala kerana beberapa hari ini semenjak dia pulang ,dia telah pergi ke restoran Husna tetapi sayangnya bayang Husna langsung tidak kelihatan. Walang juga hatinya. Tuan badan tiada macam mana nak masuk meminang. Dia bukan tahu mana Husna tinggal. “Tak apa ,esok masih ada” Hazim mengguman sendirian.
Sekarang lebih baik keluar beramah-mesra dengan jiran-jiran baru. Adab hidup berjiran haruslah saling mengenali. Hazim memulakan sesi perkenalan dengan jiran belah kiri dan kanannya. Kemudian dia beralih pada jiran depannya pula.
Loceng ditekan . Hazim menunggu dengan sabar menunggu pintu dibuka. Satu..dua..tiga. Kiranya dalam hati. Emm…kiraannya terhenti apabila pintu dibukak dan wajah itu yang muncul.
Masing-masing terdiam.
‘Gadisku!!!’ Sorak Hazim dalam hati. Bertuahnya dia rasa. Macam bulan jatuh ke riba. Jodohnya ada di depan rumah saja.
“Assalamualaikum.” Hazim memberi salam setelah lama terdiam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
HUSNA terbaring diatas katilnya ,menelentang mengadap syiling rumah. Tersengih-sengih dia sendiri. ‘Dia’ ! Tidak disangka jiran barunya adalah ‘dia’. Dia menekup wajahnya dengan bantal kecil. Suka!
Teringat kejadian tadi. Dua-dua terkaku, terkesima mungkin bila saling berhadapan. Dan bermulah satu sesi perkenalan ringkas antara keduanya. Hati Husna bagai mahu mendendangkan irama bahagia sahaja dengan pertemuan ini. Soal pinangan Hafiz Adi bagai luput terus dari ingatannya.
Tidur Husna! Arah Husna pada dirinya sendiri. Mahu menghalang dirinya dari terus berangan hal yang tidak pasti. ‘Esok ada barang yang perlu dipos.’ Husna mengingatkan diri sendiri.
“BOLEH saya tolong?”
Terdengarkan saja suara itu, Husna yang sedang menunggu lif sambil memegang kotak bersaiz besar menoleh ke kirinya. Keras jadi Husna apabila melihat lelaki itu disisinya. Lelaki yang mengisi mimpinya semalam. Malu Husna dengan lelaki itu.
Hazim yang melihat Husna hanya diam terus mengambil alih memegang kota dari tangan Husna. Husna lantas tersedar apabila tangannya terasa ringan. Dia lalu menghulurkan senyum pada Hazim dan menunduk sedikit. Tanda terima kasih. Cepat-cepat Husna masuk selepas pintu lif terbuka.
Sampai sahaja di kereta, Husna terus mengambil bungkusannya dari tangan Hazim. “Terima kasih.”
“Sama-sama” Balas Hazim “..kasih” Tambahnya perlahan.
Melihatkan sudah tiada apa yang mahu diperkatakan, Husna terus saja masuk kedalam kereta. Sebelum menutup rapat pintu, Husna terdengar sayup-sayup suara berkata ‘saya suka awak’. Hazimkah?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KEESOKAN harinya semasa keluar rumah untuk ke restoran, Husna mendapati ada sekepeing kertas di depan pintunya. Lantas dibuka.
Teka-teki:
Berapakah nombor
Telefon awk?
-orang depan
Tersenyum Husna membacanya. ‘Nak bagi ke tak?’ Soal Husna sndiri.Husna lantas memterbalaikkan kertas tersebut lalu menulis nombornya. Kemudian kertas tersebut dimasukkan ke dalam peti surat rumah depan.
Tersengih-sengih orang didalam rumah tersebut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tengah malam itu Husna bangun untuk menunaikan solat sunat istikharah. Awal tadi umminya telefon , menanyakan jawapan terhadap pinangan keluarga Hafi Adi tu. Walaupun dia yakin untuk menolaknya kerana hatinya memang sudah tidak terbuka untuk Hafiz, dia tetap mahu memohon petunjuk dari yang di atas. Pemilik segala yang dilangit dan dibumi. Agar dirinya diberi petunjuk yang tepat.
Usai solat, Husna mengangkat tangan memohon doa pada yang Esa. Dia memohon agar nanti penolakannya terhadap pinangan Hafiz adalah yang terbaik. Dia turut memohon agar diberi petunjuk tentang jodohnya dan disegerakan kedatangannya.
‘YA ALLAH, rindukanlah aku pada orang yang merindukanMU. Dan berikanlah cinta padaku dari cinta orang yang mencintaiMU.’ Ucap Husna dihujung-hujung doanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
+saya nak buat pengakuan
Satu sms diterima dari Hazim. Ketika Husna sedang berada di restoran.
-apa?
+sebenarnya saya selalu curi-curi tengok awak..
+dah lama sebenar
-hahh?? Sejak bila?
Terkejut Husna dengan kenyataan itu. Bunyi sms masuk lagi. Belum sempat Husna membukanya. Ada suara datang menyapa.
“Assalamualaikum? Husna? ”
Husna pantas mendongak. Hafiz Adi! Apa tujuannya datang kesini. Bukankah dia sudah memberi jawapan akan pinangannya dulu. Mahu apa lagi dia.
“Kenapa tolak pinangan saya?” Soal Hafiz dan dia mengambil tempat duduk dihadapan Husna.
Ya! Husna sudah menolak pinangan Hafiz Adi lewat umminya. Dia sudah fikir semasak-masaknya tentang penolakan yang dilakukan. Sudah tiada cintanya buat Hafiz Adi. Tak kan mahu terima.
“Saya rasa saya tak perlu jawab soalan itu. Ummi saya sudah terangkan kepada keluarga awak tentang penolakan itu.” Jawab Husna tenang.
“Tapi kenapa? Saya cintakan awak. Dan saya tahu awak pun cintakan saya.” Bentak Hafiz Adi kasar.
“Tak perlu awak nak persoalkan hal itu lagi. Cinta saya dah lama mati semenjak awak tolak cinta Ain dulu. Saya tak suka pada orang yang ego dan pentingkan diri sendiri macam awak…”
“Tapi saya tak cintakan dia!” Potong Hafiz Adi.
Husna mencebik.
“Macam mana awak boleh cakap awak tak cintakan dia sedangkan awak belum pernah cuba nak cintakan dia! Saya tak sukakan orang tak pedulikan perasaan orang lain macam. Dan saya menyesal kerana pernah cuba ada perasaan pada orang ego macam awak!” Luah Husna geram lalu terus angkat kaki dari situ.
Setelah menenangkan diri dalam pejabat di restorannya, Husna kembali menatap telefon bimbitnya. Ada tiga sms dari Hazim.
+sebelum kejadian awak nak kena rompak lagi ^^
+awak marahkah?
+awak? Kalau awak marah ,saya minta maaf sangat-sangat.
Tersenyum Husna membaca sms tersebut. Mungkin Hazim fikir yang Husna marah padanya sehingga diam tidak membalas smsnya.
-tidaklah . Balas Husna
Sungguh dia tidak sangka yang Hazim sudah lama mengenalnya. Mungkin juga sudah lama meminatinya. Jadi betullah apa yang dikata Taufiq dulu. Dulu Taufiq ada cakap yang dia ada ternampak seorang lelaki duk merenung dirinya. Tapi dia tidak percaya. Betullah apa yang Taufiq cakap dulu. Sekarang baru dia percaya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setelah seminggu saling berbalas sms, hubungan antara Hazim dan Husna semakin rapat. Walaupun hanya tinggal berhadapan rumah, mereka tidak pernah keluar bersama.
Pada Husna, Hazim telah ceritakan semua tentang dirinya. Butir-butir peribadinya, tentang pekerjaan sebagai tentera dan juga tentang hal dia curi-curi tengok Husna dulu. Hal perasaannya juga sudah diberitahu pada Husna sedikit. Dia sudah mengakui yang dia sudah jatuh cinta pada Husna.
Pada Hazim, Husna juga sudah ceritakan tentang dirinya sama seperti Hazim. Dia turut menceritakan tentang pinangan Hafiz Adi. Tentang persahataban dengan Ain yang berantakan kerana Hafiz. Juga tentang peristiwa hampir kena rompak dulu yang memberi kesan pada hatinya.
Yang pasti kedua-duanya sekarang berkongsi rasa yang sama. Walaupun pertemuan baru seketika tapi apabila jodoh sudah datang menyerah diri. Tiada siapa yang dapat menghalangnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
DENTINGAN loceng memhentikan tangan Husna yang sedang rancak memasak pada hujung minggu itu. Langkahnya diatur menuju ke pintu.
Pintu dibuka tapi orang tidak kelihatan. Husna terpandang sejambak bunga dilantai. Bunga itu lantas diambil dan dibawa masuk kedalam rumah. Ada sekeping kad besar terselit dicelah jambangan bunga itu.
Tahulah Husna siapa yang bagi bunga tersebut. Kad tersebut dibuka dan dibaca.
Kata A cinta itu huruf, perlu dipelajari.Kata si B cinta itu macam makanan, satu keperluan.Kata si C pula cinta itu universal, sukar ditafksirkan.Dan kataku, Cinta itu macam baju . Satu keperluan ..tanpa baju hari-hari kita tidak lengkap dan tanpa cinta hari-hari kita akn sepi ..tanpa baju orang akn kata kita gila dan tanpa cinta kita yg akan gila.Sebelum saya yang jadi gila sudikah awak jadi yang halal buat saya? Saya mahu lestarikan cinta saya pada awak secara halal.
Ps: Kalau sudi katakan sudi tidaklah diriku ternanti-nanti.
Tersenyum Husna membacanya. Hazim melamarnya. Dan dia rasa dia juga mahu. Kerana dia dapat merasakan Hazim adakah jodohnya selepas beristikharah tempoh hari.
Husna menghantar sms kepada Hazim.
- jumpalah ummi dan abah saya.
Husna merasakan itulah yang terbaik.
“Yeahhh…!!!”
Husna terdengar jeritan diluar rumahnya. Hazim. Terbit lagi senyuman di bibir Husna.
Satu sms masuk.
+ bagi alamat ummi dan abah
Amboii…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Aku terima nikahnya Nur Zahra Husna binti Zuhairi dengan senaskhah Al-Quran dibayara tunai. ” Akhirnya Husna sah menjadi isteri kepada Hazim. Dulu, selepas sahaja Husna menerima lamarannya Hazim terus sahaja pergi meminang Husna.
Dan sekarang selepas dua bulan peminangan, mereka telah sah menjadi suami isteri. Berseri-seri keduanya di hari bahagia mereka.
Ketika mereka sedang melayan tetamu, bahu Husna dicuit dari belakang. “Naa..” Panggil orang itu. Terdengarkan sahaja suara itu, Husna berpaling.
“Ain..” Guman Husna.
Husna mendepangkan tangan lalu menerpa kedalam pelukan Ain. Teresak-esak keduanya menangis. Melepaskan segala rindu selama ini. “Maafkan Ain , Na.” Pinta Ain.
“Ain tak salah , Na yang salah.” Pintas Husna.
“Dua-dua tak salah.” Celah Hazim. “Dahlah malu orang tengok.” Tegurnya lagi.
Tergelak keduanya.
Syukurlah persahabatan Husna dan Ain kembali terbina. Dan rupanya Ain adalah isteri kepada Ilham ,kawan Hazim.Mereka baru saja berkahwin. Patutlah dia datang. ‘Alhamdulillah.’ Ucap Husna dalam hati.
Dan untuk perkahwinannya ini, Husna berharap keputusan untuk menjadi yang halal bagi Hazim adalah yang terbaik. Semoga perkahwinan mereka sentiasa dibawah lindungan ALLAH SWT.. InshaALLAH.

0 komentar:

Posting Komentar